Recent Updates Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 2:29 am on September 17, 2011 Permalink | Reply  

    Berpindah ke http://pemudanegerimelaka.blogspot.com/ 

    Just click this picture

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 5:40 am on August 24, 2011 Permalink | Reply  

    Jasin: Edar Bubur Lambuk 

    Program Bubur Lambuk Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin telah diadakan pada 22 ogos 2011 bersamaan 22 Ramadhan 1432H bertempat di Markas PAS Serkam Pantai .
    Program Tahunan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah dikalangan pemuda PAS Kawasan dengan masyarakat sekitar.
    Pada petang nya pula diadakan aktiviti mengagihkan bubur lambuk di kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri Merlimau.
    Semoga dengan usaha murni yang dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin akan mendapat ganjaran yang terbaik disisi Allah .. Insya Allah 


     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 12:23 am on August 23, 2011 Permalink | Reply  

    Pemuda PAS Melaka rai anak yatim 

    MELAKA, 22 Ogos:  Seramai 40 orang anak yatim diraikan semalam di dalam program meraikan anak-anak yatim peringkat negeri  Melaka.

    Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka itu merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali bulan Ramadhan.

    Ianya bersifat santai di mana anak-anak yatim dibawa ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan  sempena hari raya seperti baju raya, kasut, songkok dan sebagainya.

    Selain membeli barang keperluan hari raya, anak-anak yatim itu juga diraikan dengan memberikan sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit sebagai duit raya untuk mereka berbelanja.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah berkata, program itu bertujuan bagi menggembirakan anak-anak yatim agar mereka juga berasa gembira seperti mana kanak-kanak biasa yang mempunyai ibu bapa, lebih-lebih menjelang hari raya.

    “Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim ini apabila saya membawa mereka membeli baju raya,” ujarnya.

    Program di rasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz yang turut memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada anak-anak yatim.

    Beliau yang hadir dalam misi jelajah Jaulah Tarbawi mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS negeri di atas kejayaan melaksanakan program meraikan anak-anak yatim itu.

    Program  diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama-sama yang turut dihadiri oleh pimpinan DAP dan beberapa pimpinan dari AMK Melaka.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 1:34 am on August 20, 2011 Permalink | Reply  

    SPR Telah Hilang Kredibiliti…!!! 

    1) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah hilang wibawa dan tidak lagi mempunyai status layak untuk mengendali sistem pilihanraya negara. Terlalu banyak kepincangan dan kelemahan yang menjejaskan nilai telus dan saksama dalam pengurusan dan pengendalian sebuah pilihanraya dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

    2) Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti-parti politik yang menyertai pilihanraya tidak mampu disangkal lagi, malah ianya telah melurut jatuh seluruh uniform Pengarah dan Timbalan Pengarah SPR dihadapan umum. Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti.

    3) Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah dari My PR di waktu pagi kepada My Kad di sebelah petang pada hari yang sama, senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara tetapi ada dalam daftar pemilih SPR, senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan terbaru sebuah kampung bernama Kg Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi dan banyak lagi dan banyak lagi…

    4) Ringkasnya, negara  tidak boleh menghadapi pilihanraya berhakimkan SPR yang kini telah mengalami kecacatan parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan pilihanraya. SPR kini tiada pilihan melainkan hanya terpaksa berdepan dengan 3 keadaan :

    a] Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.
    b] Pengarah dan Timbalan Pengarahnya meletakkan jawatan segera
    c] Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti – parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat antarabangsa.

    5) Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. Tiada makna lagi pilihanraya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil. Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang sabar dan kepercayaannya kepada SPR.

    6) Saya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, dengan satu ketetapan dan penegasan kepada semua jentera pilihanraya pemuda di peringkat negeri dan kawasan agar menganjurkan sekurang – kurangnya ( 3 kali ) Malam Munajat Pilihanraya [MMP],  terutama saat kita meniti 10 akhir Ramadhanuntuk memohon pertolongan Allah swt menghadapi makar atau tipu helah mereka yang telah hilang rasional semata – mata mahu mengekalkan survival kuasa pemerintahan mereka lalu mengabaikan amanah dan tanggubgjawab mereka untuk berlaku adil dan telus.

    7) Lajnah Keahlian dan Ulama’ Pelapis mungkin boleh membantu untuk memimpin Malam Munajat Pilihanraya [MMP] anjuran Jabatan Pilihanraya Pemuda di peringkat negeri dan kawasan. Nampaknya, hanya Allah swt boleh mendisiplinkan SPR. KepadaNya kita bermunajat dan kepadaNya jua kita bertawakkal.

    Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi

    (Ketua Pemuda PAS Malaysia)

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 9:12 am on August 15, 2011 Permalink | Reply  

    Jasin: Konvoi Kebajikan ARC Seluruh Jasin 

     

    13 Ogos 2011: Alternative Riding Club Jasin telah berjaya melaksanakan aktivti konvoi buat kali pertama. Konvoi yang berkonsepkan kebajikan telah disertai seramai 15 orang anak muda. Konvoi bermula di Umbai dan berakhir di Jasin. Konvoi kebajikan ini merupakan satu yang telah dirancang selepas penubuhan ARC Melaka pada pertengahan bulan Julai. Beberapa buah rumah dilawati dan diberikan sumbangan sepanjang konvoi ini dilaksanakan.
    Konvoi ini berakhir di Masjid Kesang dimana semua peserta solat berjemaah dan di jamu dengan santapan rohani melalui tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Sufian.
     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 5:35 am on August 15, 2011 Permalink | Reply  

    Bukit Katil: Malam Munajat PAS Cawangan Tmn Cempaka 

    13 Ogos: “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Demikian pepatah Melayu yang tak lekang dek zaman. Menggambarkan peri penting cara didikan dan asuhan yang perlu diberikan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Atas maksud itu, PAS Cawangan Taman Cempaka menganjurkan “Malam Munajat” bagi mendidik rohani para Pemuda PAS Cawangan Tmn Cempaka. Antara yang hadir dalam program ini adalah Ust Musa bin Mohamad, Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka (selaku pencerama) dan Ketua Cawangan Hj Abdullah.

    Cawangan ini terletak di Tmn Cempaka, dalam parlimen Bukit Katil.

    PAS Cawangan Tmn Cempaka sangat sinonim dengan kesuburan majlis-majlis ilmu. Tidak hairanlah bahawa cawangan PAS ini sentiasa diimarahkan oleh penduduk di sekitar.

    Solat dan munajat diimamkan oleh al-fadhil Ust Rizal bermula seawal jam 4 pagi.

    Aktiviti diteruskan dengan bersahur beramai-ramai.

    Yang muda makan bersama yang tua. Ukhuwah terjalin.

    Solat subuh berjemaah.

    Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Musa, Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka.

    Sumber: Blog Pemuda PAS Kwsn Bukit Katil

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 8:43 am on August 12, 2011 Permalink | Reply  

    Program “Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan” Berjaya 

     

     

     

    Edaran buah kurma dan kad dibuat selepas solat Jumaat.

     

    Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka hari ini sekali lagi mengadakan Program “Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan”. Program tradisi ini dibuat bagi mengingatkan masyarakat terhadap kemuliaan bulan Ramadhan yang perlu diisi dengan kerja-kerja amal kebajikan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik.

     

    Masyarakat menyambut baik program.

     

    Petugas-petugas PAS mengedar buah kurma dan kad sesudah sembahyang Jumaat di Masjid ar-Rahim, Merlimau. Sebanyak 150 pek berisi kurma telah diedarkan. Tinjauan mendapati rata-rata penduduk kampung memberikan respon yang positif terhadap program. Diharapkan program-program seumpama ini sentiasa

    Gambar-gambar berkaitan:

     

     

     

     

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 8:04 am on August 12, 2011 Permalink | Reply  

    Kempen Daftar Pemilih di Bukit Baru Berjaya 

    Kempen daftar pemilih di pasar malam Tmn Harta Pertama, Bukit Baru.

     

    Seramai hampir 3 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pemilih, walaupun sudah berumur 21 tahun dan ke atas. Kesedaran masyarakat terhadap kewajipan mengundi masih rendah. Sehubungan dengan itu, MTD Bukit Baru dengan kerjasama Pemuda PAS Bukit Katil mengambil inisiatif menggerakkan kempen daftar sebagai pemilih. Khususnya untuk persediaan PRU-13.

    Kempen yang dibuat itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewajipan mengundi selain daripada membantu pihak SPR menjalankan kerja-kerja mendaftar pemilih.

    Kelebihan petugas PAS berbahas Mandarin berjaya menambat hati masyarakat Tionghua.

    Tinjauan rambang mendapati bahawa, masyarakat setempat memberikan respond yang baik terhadap kempen ini terutamanya kaum Cina.

    Hj Ramli- wakil SPR

    Sumber: Blog Pemuda PAS Bukit Katil

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel