Isu Arak : Kelab Penyokong PAS Melaka turut mencabar Ali Rustam 

PengHARAMan Arak : Telah Terang Jelas lagi Bersuluh

Semalam Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ust Kamarudin Sidek telah mencabar Datuk Ali Rustam, selaku ketua Menteri Melaka agar dapat menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam. Ali Rustam dalam kenyataannya sebelum ini telah turut mencabar PAS Selangor berhubung isu arak di negeri itu agar PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat andai isu arak di Selangor ini tidak diselesaikan. (sumber: Harakah/Blog Ust Kamarudin Sidek/Blog Pemuda Pas Melaka)

Malam ini, telah diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Penyokong PAS Kaum India Melaka di Markas PAS Bukit Katil, turut menjadi jemputan adalah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Malaysia, En.Balasubramaniam. Majlis ramah mesra kelab Penyokong PAS India bersama pimpinan PAS negeri mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli kelab Penyokong PAS India yang turun daripada setiap kawasan disamping turut hadir ahli-ahli Pas lain. Pelbagai lontaran idea, semangat dan harapan yang dilontarlan dalam sesi soal jawab bersama pimpinan dan para jemputan telah membuktikan suatu gambaran positif bahwa PAS Melaka semakin mendapat tempat dimata golongan kaum India.

Satu isu yang menjadi topik kupasan penting dalam pertemuan ini adalah berkaitan isu arak. Dengan mengambil contoh isu arak di Selangor, kaum India di Melaka sendiri telah dipermain-mainkan oleh MIC atau UMNO untuk memberi lesen dan kelulusan kepada kedai bagi menjual arak kepada mereka, sedangkan bagi mereka, agama Hindu turut mengharamkan arak. Tindakan ini berlawanan dengan kenyataan Ali Rustam yang kononnya prihatin dengan isu arak ini. Ali Rustam terlalu sibuk menjaga tepi kain orang, rupa-rupanya kain sendiri tidak dijaga. Arak (samsu,liquor dll) amat mudah diperolehi di kedai-kedai di Melaka, malah kerajaan Melaka amat mudah memberikan lesen penjualan arak pada pekedai-walaupun kedai-kedai di kawasan yang majoriti Islam. Ini bukti bahawa Ali Rustam gagal untuk menjadi pemimpin yang prihatin tentang masalah sensitiviti kaum khususnya Melayu/Islam.

Dalam kenyataan dalam media semalam, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ust Kamarudin Sidek berkata, “Beliau (Ali Rustam) adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.”Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain,”. Dan malam ini, En.S. Soorya (video) dari Pengerusi Kelab Penyokong PAS India Perak bersama-sama ahli-ahli kelab turut mencabar Ali Rustam agar beliau membuktikan kata-katanya itu, yakni mengharamkan arak di Melaka, andai beliau benar-benar begitu prihatin terhadap penduduk Melaka.

Gambar sekitar Majlis Ramah Mesra Kelab Penyokong PAS Kaun India Melaka

En.Balasubramaniam sedang berucap

Sesi soal-jawab

Sesi penyampaian cenderahati pada jemputan di akhir program oleh Saudara Adly Zahari, Timb.Pesuruhjaya 1 PAS Melaka

Katakan ‘Tak Nak’ pada Arak

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar atau arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. “

Al-Maidah 90

Sumber : Blog |Single_Breath|