Updates from December, 2010 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 1:41 am on December 17, 2010 Permalink | Reply
    Tags: Anwar Ibrahim, , Pakatan rakyat   

    Anwar turun ke Paya Dalam Melaka. 

    Paya dalam 16 Disember 2010- Ceramah pakatan rakyat yang membariskan Ustaz ghani Abdul Rahman Pesuruhjaya PAS, Ustaz Badrul Amin dari PKR ,Shamsul Iskandar dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan isu- isu semasa. Ceramah pakatan rakyat itu menarik perhatian lebih 3000 orang hadir pada program malam tadi.

    Ceramah yang dihadiri oleh penduduk di sekitar Kampung Paya Dalam itu sebagai sokongan kepada Dato seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan yang sedang dihadapinya sekarang dan penggnatungan secara tidak sah oleh Speaker Dewan Rakyat Kelamarin. Ceramah yang sama juga cuba dibuat oleh UMNO Melaka tetapi apa yang menyedihkan cuma ada bendera dan pentas ceramah sahaja. UMNO cuba menarik perhatian penduduk kampung dengan pemberian kain pelekat sebagai bahan penarik,tetapi dilihat gagal untuk menarik orang ramai hadir kesana.

    UMNO Melaka harus mengambil perhatian kerana taktik mereka memberikan kain pelekat dan beras tidak lagi berkesan kerana rakyat dahagakan maklumat bukanya barang-barang dapur yang tak sampai RM50. Ceramah yang diadakan semalam adalah lanjutan daripada sesi jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap penggantungan nya daripada menghadiri sidang dewan.

    Walaupun ceramah yang diadakan pada hari bekerja,ceramah tersebut tetap dihadiri ribuan penduduk yang menunjukan sokogan kepada program-program yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Khususnya PAS di Melaka.Ali rustam semakin rungsing tidur malam.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 10:15 am on December 16, 2010 Permalink | Reply
    Tags: , Pingakat kebesaran, Rosmah   

    Kerajaan Melaka beri Darjah TERTINGGI kepada Rosmah 

    Kerajaan hari ini(15hb Dis) telah memberi darjah kebesaran tertinggi negeri Melaka kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang membawa gelaran Datin Seri Utama sempena hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob.Anugerah itu sempena Hari Jadi ke-72 Mohd Khalil pada 9 Okt lalu dan Rosmah mendahului senarai 934 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran.

    Adalah menjadi kebiasaan bagi raja-raja dan ketua-ketuaYang dipertua Negeri untuk memebri darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja sempena hari hari jadi,tetapi darjah kebesaran tertinggi negeri Melaka diberikan kepada Rosmah yang tidak jelas sumbangan dan peranan beliau dalam memajukan Melaka.Sepatutnya darjah kebesaran tersebut diberikan kepada individu yang banyak berjasa kepada Negeri Melaka khususnya.Sebelum ini kita sedikit terkejut apabila penganugerahan diberikan kepada Shah Rukh Khan yang membawa gelaran datuk.Adakah pemberian gelaran ini sekadar pemberina untuk menarik perhatian golongan-golangan pembesar ini.Sama-sama kita fikirkan.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 7:13 am on December 13, 2010 Permalink | Reply
    Tags: dppn melaka, ketua menteri melaka, , monorail, yb khoo   

    Monorail Melaka Berhenti Operasi 

    Dilancarkan dengan kos RM15.9 Juta The Sun 11 hb Disember melaporkan monorail yang tidak sampai 3 bulan itu telah mengalami masalah teknikal dan telah ditutup kepada orang awam sejak seminggu yang lalu. Monorail sepanjang 1.6KM merentasi sungai Melaka,Taman rempah,Pengakalan Rama dan Bunga Raya pantai dibuat atas alasan untuk menarik pelancong asing. Laporan itu juga menyebut masalah roda monorail menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dan terpaksa memanggil jurutera dari china untuk memperbaiki masalah tersebut.

    Sebelum ini Melaka juga telah mengalami kerugian akibat operasi Menara Taming sari dan Eye on Melaka yang juga mengalami masalah “Teknikal”. Menurut adun Ayer Keroh Y.B . Khoo Poay Piong telah beberapa kali membantah pembinaan monorel tersebut atas sebab sangsi akan keuntungan yang bakal diperolehi.

    DPPN Melaka sangat kecewa atas sikap Ketua Menteri atas sikap tidak prihatin kerana menghabiskan duit rakyat Melaka yang jelas sebelum ini merugikan.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 9:20 am on August 23, 2010 Permalink | Reply  

    Surau disimbah cat-Angkara siapa? 

    Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini.

    Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.

    Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

    Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.

    Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

    Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).

    Mereka menemui serpihan botol arak yang dipercayai mengandungi cat merah di situ.

    Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.

    Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.

    Perbuatan khianat

    Sementara itu, Bernama melaporkan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

    “Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi,” katanya.

    Mohd Hasbi berkata selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

    “Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan,” katanya.

    Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lalu.

    “Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

    DPPN Said- Kejadian simbah cat merah di surau ini,bukanlah pertama kali berlaku di Malaysia.Sebelum ini kita digemparkan dengan Gereja yang dibakar kerana kononya tidak berpuas hati dengan pengunaan kalimah Allah.Walaupun pihak yang telah ditangkap sebelum ini belum dibuktikan bersalah dan pihak-pihak yang lain terbabit ,kita khuatiri perkara seperti ini mempunyai agenda tersendiri. Dengan pengumuman resolusi MCA berkenaan penghapusan Kouta 30% ekuiti bumiputra serta isu-isu perkauman yang dimainkan kebelakangan ini akan menyebabkan suasana lebih buruk berlaku.Diharap masyarkat lebih binyak menilai sebelum membuat apa-apa tindakan yang drastik !Pastikan anda tidak diperkudakan!

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 9:48 am on August 9, 2010 Permalink | Reply  

    Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

    Beliau berkata, sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

    Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penyhayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di Melaka hari ini.

    Beliau berkata, terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

    “Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,” kata Mohd Ali.

    DPPN said – Cadangan yang sangat tidak bijak daripada Ali rustam dan orang-orangnya bahkan Menteri Pelajaran Datuk Zarkasi dan Menteri Hal ehwal Wanita daripada UMNo sendiri tidak setuju dengan cadangan tersebut. Bahkan presiden Pemuafakatan Guru dan Ibu Bapa Prof Madya Datuk Dr Mhamad Ali Hassan menyifatkn cadangan tersebut hanya akan menyebabkan lebih ramai pelajar tercicir dan membesarkan lagi masalah sosial dikalangan pelajar. Menurutnya kerajaan harus mengambil langkah Pencegahan(preventive) berbanding pemulihan…fikir-fikirkan

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 3:22 am on May 15, 2010 Permalink | Reply  

    UMNO terus halalkan judi 

    Perhimpuanan yang dianjurkan oleh Pemuda PAS wilayah bersama beberapa NGO islam Melayu yang lain selepas sembahyang Jumaat di Masjek Jamek Kampung Melayu 14hb Mei Semalam kecoh setelah polis terus menerus membuat kacau dengan menghalang perhimpunan tersebut.Perhimpunan yang disertai hampir 1000 orang itu yang dilakukan di perkarangan masjid Jamek Kampung Melayu dimulakan dengan ucapan beberapa orang pimpnan PAS wilayah dan pimpinan PAS pusat termasuklah sdr. Kamaruzaman dan Herman Shamsudeen.

    Perhimpunan kemudianya di ganggu dengan bebeerpa orang polis cuba menyuraikan perhimpunan tersebut dengan naik ke pentas dan memaksa ucapan dihentikan dan memaksa penganjur berunding dengan pihak Polis agar membenarkan penganjur untuk memeberi ucapan tambahan selama 10 minit.Hasil rundingan tersebut akhirnya memaksa Polis bertolak ansur dan memberikan 5 minit untuk berucap.

    Walaubagaimanapun baru 2 minit ucapan disambung pihak [olis naik sekali lagi di pentas dan merampas pembesar suara dan ini memaksa perhimpunan dihentikan serta merta.Saudara Kamaruzaman seterusnya meminta para hadirin menyuraikan perhimpunan

    Melihat kepada peristiwa pihak Polis yang menghalang perhimpunan yang membantah tindakan kerajaan yang menghalalkan lesen judi bola menunjukan pihak kerajaan sememangnya mengetepikan perintah Allah.

    Bagi pihak DPPN Melaka membantah sekers-kerasnya tindakan Polis tersebut dan tindakan bersubahat dengan akta yang bertentangan dengan agama jelas berdosa disisi Islam.Kami menyeru pihak kerajaan kembali insaf dan pihak-pihak berkaitan menentang dasar ini agar masyarakat Malaysia sedar dan selamat dari  bahaya JUDI ini.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 6:21 pm on August 11, 2009 Permalink | Reply  

    Isu Arak : Kelab Penyokong PAS Melaka turut mencabar Ali Rustam 

    PengHARAMan Arak : Telah Terang Jelas lagi Bersuluh

    Semalam Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ust Kamarudin Sidek telah mencabar Datuk Ali Rustam, selaku ketua Menteri Melaka agar dapat menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam. Ali Rustam dalam kenyataannya sebelum ini telah turut mencabar PAS Selangor berhubung isu arak di negeri itu agar PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat andai isu arak di Selangor ini tidak diselesaikan. (sumber: Harakah/Blog Ust Kamarudin Sidek/Blog Pemuda Pas Melaka)

    Malam ini, telah diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Penyokong PAS Kaum India Melaka di Markas PAS Bukit Katil, turut menjadi jemputan adalah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Malaysia, En.Balasubramaniam. Majlis ramah mesra kelab Penyokong PAS India bersama pimpinan PAS negeri mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli kelab Penyokong PAS India yang turun daripada setiap kawasan disamping turut hadir ahli-ahli Pas lain. Pelbagai lontaran idea, semangat dan harapan yang dilontarlan dalam sesi soal jawab bersama pimpinan dan para jemputan telah membuktikan suatu gambaran positif bahwa PAS Melaka semakin mendapat tempat dimata golongan kaum India.

    Satu isu yang menjadi topik kupasan penting dalam pertemuan ini adalah berkaitan isu arak. Dengan mengambil contoh isu arak di Selangor, kaum India di Melaka sendiri telah dipermain-mainkan oleh MIC atau UMNO untuk memberi lesen dan kelulusan kepada kedai bagi menjual arak kepada mereka, sedangkan bagi mereka, agama Hindu turut mengharamkan arak. Tindakan ini berlawanan dengan kenyataan Ali Rustam yang kononnya prihatin dengan isu arak ini. Ali Rustam terlalu sibuk menjaga tepi kain orang, rupa-rupanya kain sendiri tidak dijaga. Arak (samsu,liquor dll) amat mudah diperolehi di kedai-kedai di Melaka, malah kerajaan Melaka amat mudah memberikan lesen penjualan arak pada pekedai-walaupun kedai-kedai di kawasan yang majoriti Islam. Ini bukti bahawa Ali Rustam gagal untuk menjadi pemimpin yang prihatin tentang masalah sensitiviti kaum khususnya Melayu/Islam.

    Dalam kenyataan dalam media semalam, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ust Kamarudin Sidek berkata, “Beliau (Ali Rustam) adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.”Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain,”. Dan malam ini, En.S. Soorya (video) dari Pengerusi Kelab Penyokong PAS India Perak bersama-sama ahli-ahli kelab turut mencabar Ali Rustam agar beliau membuktikan kata-katanya itu, yakni mengharamkan arak di Melaka, andai beliau benar-benar begitu prihatin terhadap penduduk Melaka.

    Gambar sekitar Majlis Ramah Mesra Kelab Penyokong PAS Kaun India Melaka

    En.Balasubramaniam sedang berucap

    Sesi soal-jawab

    Sesi penyampaian cenderahati pada jemputan di akhir program oleh Saudara Adly Zahari, Timb.Pesuruhjaya 1 PAS Melaka

    Katakan ‘Tak Nak’ pada Arak

    “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar atau arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. “

    Al-Maidah 90

    Sumber : Blog |Single_Breath|

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 4:28 pm on August 11, 2009 Permalink | Reply  

    Ali Rustam Dicabar Kuatkuasa Pengharaman Arak 

    banner Ustaz Kamarudin2

    MELAKA, 11 Ogos (Hrkh) – Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

    “Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu.

    “Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam,” kata beliau.

    Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini.

    “Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.”Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain,” katanya.

    Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya.

    sumber: Harakah / Blog Ust Kamarudin Sidek

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel
%d bloggers like this: