Updates from December, 2010 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 10:15 am on December 16, 2010 Permalink | Reply
    Tags: , Pingakat kebesaran, Rosmah   

    Kerajaan Melaka beri Darjah TERTINGGI kepada Rosmah 

    Kerajaan hari ini(15hb Dis) telah memberi darjah kebesaran tertinggi negeri Melaka kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang membawa gelaran Datin Seri Utama sempena hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob.Anugerah itu sempena Hari Jadi ke-72 Mohd Khalil pada 9 Okt lalu dan Rosmah mendahului senarai 934 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran.

    Adalah menjadi kebiasaan bagi raja-raja dan ketua-ketuaYang dipertua Negeri untuk memebri darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja sempena hari hari jadi,tetapi darjah kebesaran tertinggi negeri Melaka diberikan kepada Rosmah yang tidak jelas sumbangan dan peranan beliau dalam memajukan Melaka.Sepatutnya darjah kebesaran tersebut diberikan kepada individu yang banyak berjasa kepada Negeri Melaka khususnya.Sebelum ini kita sedikit terkejut apabila penganugerahan diberikan kepada Shah Rukh Khan yang membawa gelaran datuk.Adakah pemberian gelaran ini sekadar pemberina untuk menarik perhatian golongan-golangan pembesar ini.Sama-sama kita fikirkan.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 7:13 am on December 13, 2010 Permalink | Reply
    Tags: dppn melaka, ketua menteri melaka, , monorail, yb khoo   

    Monorail Melaka Berhenti Operasi 

    Dilancarkan dengan kos RM15.9 Juta The Sun 11 hb Disember melaporkan monorail yang tidak sampai 3 bulan itu telah mengalami masalah teknikal dan telah ditutup kepada orang awam sejak seminggu yang lalu. Monorail sepanjang 1.6KM merentasi sungai Melaka,Taman rempah,Pengakalan Rama dan Bunga Raya pantai dibuat atas alasan untuk menarik pelancong asing. Laporan itu juga menyebut masalah roda monorail menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dan terpaksa memanggil jurutera dari china untuk memperbaiki masalah tersebut.

    Sebelum ini Melaka juga telah mengalami kerugian akibat operasi Menara Taming sari dan Eye on Melaka yang juga mengalami masalah “Teknikal”. Menurut adun Ayer Keroh Y.B . Khoo Poay Piong telah beberapa kali membantah pembinaan monorel tersebut atas sebab sangsi akan keuntungan yang bakal diperolehi.

    DPPN Melaka sangat kecewa atas sikap Ketua Menteri atas sikap tidak prihatin kerana menghabiskan duit rakyat Melaka yang jelas sebelum ini merugikan.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 9:57 am on December 9, 2010 Permalink | Reply
    Tags: BN, harga naik, kerajaan, minyak, petrol 95, tolak BN   

    Tahniah kepada kerajaan UMNO Barisan Nas… 

    Tahniah kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional kerana menaikkan harga barang 4 dalam 1.Inilah bukti kerajaan dengan selogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Kerjaan tiada duit rakyat kena dulu. Kenyataan menteri Dalam Negeri Ismail Sabri Chik bahawa kenaikan hanya petrol RON 97 nyata hanya penipuan. Dalam keadaan yang tiada duit ini kerajaan tetap bertindak untuk menukar pesawat MIG dengan alasan kos penyelenggaraan Meningkat. Namapaknya kerajaan masih tidak belajar daripada peristiwa PRU-12 yang lepas.Sama-sama tolak UMNO BN.

     
    • alazwa 12:55 am on December 10, 2010 Permalink | Reply

      BN- Barang naik. Tahniah !

  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 4:31 am on August 31, 2010 Permalink | Reply  

    sketariat pakatan rakyat dilancar 

    Bermula dengan perjumpaan ringkas di sebuah kedai makan milik ahli PAS di Bachang Kawasan Bukit Katil selepas solat terawih pada 15 Ramadhan 1431 ( Rabu 25 Ogos 2010 ), Jawatankuasa Pakatan Rakyat peringkat Dun Bachang telah berjaya dibentuk dengan keanggotaan penuh dari parti DAP, PAS dan KeAdilan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Cikgu Samad Hj Mamat, Ketua Cawangan PAS Bukit Piatu, dibantu oleh Naib Pengerusi dari KeAdilan Cabang Bukit Piatu, saudara Md Said Abu.

    Jawatan Bendahari dilantik dari DAP, saudara Tham Seng Enn, manakala saudara Sufian Abu Bakar dari PAS Cawangan Bukit Piatu telah dilantik sebagai Setiausaha dan saudara Ezan Ahmad sebagai Ketua Penerangan. Penasihat Undang-Undang dipegang oleh Chin Chong Seong dari DAP dan Jawatan Penasihat Jawatankuasa ini disandang oleh YB Lim Jak Wong ( DAP ), selaku ADUN Bachang.

    Berita penuh di http://pemudabukitkatil.blogspot.com

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 10:20 am on August 3, 2010 Permalink | Reply  

    Sekitar ceramah Mat Sabu 30hb Julai 

    Pentas utama para penceramah Pakatan Rakyat… sudah beberapa kali Pakatan Rakyat Melaka mengajak pemimpin Umno berdebat secara bersemuka, tapi masih tidak dapat respon… yang ada hanyalah provokasi ceramah bersebelahan setiap program PAS

    Suasana hambar semasa Ali Rustam sedang sampaikan ‘lawak jenaka’… sebelum itu, ceramah umno di’meriah’kan oleh Ustaz Umno sehingga hilang suara… terpaksa panggil sesiapa yang ingin menggantikan beliau untuk memberi ceramah sebelum Ali Rustam tiba

    Tidak nampak kelibat seorang pegawai polis pun, yang sepatutnya menghentikan provokasi pihak Umno (sengaja mengadakan ceramah serentak & bersebelahan, menghalakan speaker ke lokasi ceramah

    Lokasi ceramah PAS semakin padat & sesak berikutan kehadiran rakyat Melaka yang sangat memberangsangkan… Ada yang datang dari Jasin, Alor Gajah…

    Umno menggunakan MAKANAN & MINUMAN sebagai penghibur @ daya tarikan supaya menghadiri ceramah umno… itu pun dapat dikira bilangan orang yang hadir ceramah Umno

    Dewan Pemuda PAS Melaka berharap pihak berkuasa khususnya polis dapat bertindak lebih effektif pada masa akan datang untuk menjaga keamanan serta mengelakan sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

    Tindakan UMNO yang jelas menggangu program-program pakatan rakyat di Melaka khususnya PAS adalah satu tindakan yang tidak wajar dan harus dihentikan.pihak Pemuda dalam masa terdekat merancang untuk berjumpa dengan Ketua Polis Melaka bagi mengutarakan beberapa isu berkaitan keselamatan.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 3:46 am on May 15, 2010 Permalink | Reply  

    BN cuba kuasai 2/3 dewan 

    Terbaru ahli dewan Undangan ADUN wangsa maju Wee Cho Keong pula meninggalkan PKR atas alasan tidak berpuas hati dengan isu skandal pasir melalaui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).Pada 21 April lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan khabar angin yang bertiup kencang bahawa Wee adalah pemimpin PKR yang bakal melompat tetapi beliau enggan mengulas apabila diajukan soalan berkenaan.

    Tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang sememangnya telah dijangka semenjak berita dan khabar anign itu disebarkan.Dengan keluarnya Cho keong dari PKR dan menjadi ahli Bebas menjadikan jumlah ADUN bebas di Dewan rakyat berjumlah 6 orang.In menjadikan keseluruhan ahli Dewan Undangan PR berkurang kepada75 orang sementara BN pula138 orang. Hasil daripada keluarnya Cho keong memberi beberapa impak kepada PKR sendiri dan Pakatan Rakyat Umumunya.

    Kita melihat bagaimana ADUN-ADUN PKR terus diserang dan satu demi satu keluar meninggalkan parti tersebut.Apapun isu dan alasanya ,apa yang pasti “hilang kepercayaan” menjadi moadalnya.Benar atau tidak kami tidak dapat mengesahkanya,tetapi apa yang pasti dengan pengurangan tersebut BN hampir pasti akan menjangkau angka 148 kerusi sebagai angka majoriti dalam Dewan Rakyat.

    IMPLIKASINYA!!!

    Sudah tentu rang undang-undang yang bakal diluluskan nanti semestinya lebih mudah dan berpihak kepada UMNO Barisan Nasional(UBN).Apa yang jelas rang undang-undang pelaksanaan GST yang baru ditangguh mempunyai Justifikasinya sendiri.Begiru juga persempadanan semula kawasan pilihanraya yang semestinya berpihak kepada UBN.

    Kita sudah semestinya tidak mahu dengan penguasaan 2/3 ini akan menyebabkan lebih banyak undang-undang BODOH dan merugikan rakyat diluluskan oleh kerajaan kerana ia jelas menjadi satu kerugian kepada negera seperti yang berlaku terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran PPSMI yang terpaksa ditarik balik dan penyerahan blok minyak M&L kepada Brunei ,implikasi daripada mengetepikan kelulusan dan perbahasan Parlimen.

    Penguasaan ini semestinya akan menjadikan UBN terus kerakusan berlandaskan Nafsu serkah mereka dan akhirnya rakyat terus dimandulkan dengan pendoktrinan tersusun oleh media!

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 4:01 am on September 9, 2009 Permalink | Reply  

    Rizab Emas Untuk Beli Kapal Perang 

    20090908192339_kapal_perang_australiaMenurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.

    Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut.

    Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.

    Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.

    Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri. sumber:TVantara

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 6:21 pm on August 11, 2009 Permalink | Reply  

    Isu Arak : Kelab Penyokong PAS Melaka turut mencabar Ali Rustam 

    PengHARAMan Arak : Telah Terang Jelas lagi Bersuluh

    Semalam Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ust Kamarudin Sidek telah mencabar Datuk Ali Rustam, selaku ketua Menteri Melaka agar dapat menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam. Ali Rustam dalam kenyataannya sebelum ini telah turut mencabar PAS Selangor berhubung isu arak di negeri itu agar PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat andai isu arak di Selangor ini tidak diselesaikan. (sumber: Harakah/Blog Ust Kamarudin Sidek/Blog Pemuda Pas Melaka)

    Malam ini, telah diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Penyokong PAS Kaum India Melaka di Markas PAS Bukit Katil, turut menjadi jemputan adalah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Malaysia, En.Balasubramaniam. Majlis ramah mesra kelab Penyokong PAS India bersama pimpinan PAS negeri mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli kelab Penyokong PAS India yang turun daripada setiap kawasan disamping turut hadir ahli-ahli Pas lain. Pelbagai lontaran idea, semangat dan harapan yang dilontarlan dalam sesi soal jawab bersama pimpinan dan para jemputan telah membuktikan suatu gambaran positif bahwa PAS Melaka semakin mendapat tempat dimata golongan kaum India.

    Satu isu yang menjadi topik kupasan penting dalam pertemuan ini adalah berkaitan isu arak. Dengan mengambil contoh isu arak di Selangor, kaum India di Melaka sendiri telah dipermain-mainkan oleh MIC atau UMNO untuk memberi lesen dan kelulusan kepada kedai bagi menjual arak kepada mereka, sedangkan bagi mereka, agama Hindu turut mengharamkan arak. Tindakan ini berlawanan dengan kenyataan Ali Rustam yang kononnya prihatin dengan isu arak ini. Ali Rustam terlalu sibuk menjaga tepi kain orang, rupa-rupanya kain sendiri tidak dijaga. Arak (samsu,liquor dll) amat mudah diperolehi di kedai-kedai di Melaka, malah kerajaan Melaka amat mudah memberikan lesen penjualan arak pada pekedai-walaupun kedai-kedai di kawasan yang majoriti Islam. Ini bukti bahawa Ali Rustam gagal untuk menjadi pemimpin yang prihatin tentang masalah sensitiviti kaum khususnya Melayu/Islam.

    Dalam kenyataan dalam media semalam, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ust Kamarudin Sidek berkata, “Beliau (Ali Rustam) adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.”Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain,”. Dan malam ini, En.S. Soorya (video) dari Pengerusi Kelab Penyokong PAS India Perak bersama-sama ahli-ahli kelab turut mencabar Ali Rustam agar beliau membuktikan kata-katanya itu, yakni mengharamkan arak di Melaka, andai beliau benar-benar begitu prihatin terhadap penduduk Melaka.

    Gambar sekitar Majlis Ramah Mesra Kelab Penyokong PAS Kaun India Melaka

    En.Balasubramaniam sedang berucap

    Sesi soal-jawab

    Sesi penyampaian cenderahati pada jemputan di akhir program oleh Saudara Adly Zahari, Timb.Pesuruhjaya 1 PAS Melaka

    Katakan ‘Tak Nak’ pada Arak

    “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar atau arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. “

    Al-Maidah 90

    Sumber : Blog |Single_Breath|

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel
%d bloggers like this: