Updates from August, 2010 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 2:04 pm on August 16, 2010 Permalink | Reply  

    Keputusan yang dijangka 

    Mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran dakwaan terdapat hubungan antara pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya (DPP), Farah Azlina Latif.

    Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagi ini.

    Menurutnya, dakwaan hubungan tersebut tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa.

    Ini kerana Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen penting pihak pendakwa seperti yang dinyatakan dalam afidavit pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira (kiri) dan DPP Mohd Hanafiah Zakaria.

    Hakim Mohamad Zabidin berkata tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima penjelasan Jude dan Hanafiah dalam isu tersebut.

    Dari penjelasan mereka, katanya, adalah munasabah untuk memutuskan bahawa walaupun Farah merupakan anggota pasukan pendakwa, tetapi peranannya terhad kepada ‘apa yang perlu’ tahu.

    Katanya, Farah tidak mempunyai akses kepada kertas atau dokumen siasatan dan juga tidak terbabit dalam sesi taklimat.

    Hakim berkata, oleh kerana Farah tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan atau kandungan kes, maka pengadu, Saiful juga tidak mempunyai akses menerusi Farah.

    Mengenai isu integriti pihak pendakwa, Mohamad Zabidin
    memutuskan bahawa Farah bukan pegawai pendakwa yang bertanggungjawab mendakwa tertuduh, kerana dia hanya hadir di mahkamah untuk mengambil nota.

    Menurutnya lagi, Farah juga tidak bertanggungjawab untuk menyoalsiasat para saksi.

    Oleh itu, Mohamad Zabidin berpendapat bahawa Saiful tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas Farah berdasarkan dakwaan hubungan antara mereka, dan ia tidak mungkin mempengaruhi pihak pendakwa dan menjejaskan integriti pasukan pendakwa.

    Menurutnya lagi, juga tidak timbul isu prejudis terhadap Anwar dalam perbicaraan ini dan atas sebab tersebut, beliau mendapati tiada berlaku penyalahgunaan proses mahkamah seperti yang didakwa, dan oleh itu menolak permohonan untuk menggugur kes liwat tersebut.

    Mohamad Zahidin juga mengarahkan perbicaraan kes liwat terhadap Anwar diteruskan, walaupun dibantah oleh pihak pembela.-sumber:malaysiakini

    DPPN said- satu keputusan yang telah dijangka setelah beberapa rayuan sebelum ini juga ditolak antaranya permohonan mendapatkan bahan bukti daripada pihak pendakwa.Kenyataan polis yang bercanggah,kenyataan saksi yang bercanggah dan kegagalan memberi laporan pemeriksaan kesihatan untuk dinilai pihak ketiga….berapa lama lagi harus kita melihat drama ini.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 2:09 am on March 25, 2010 Permalink | Reply  

    Kempen Selamatkan Negara. Vol 6 

    1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

    a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
    b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
    c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

    2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

    [ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

    3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

    4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

    5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ….]

    Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

    Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

    Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai – kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

    6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a’nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop “halal” oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis – majlis ilmu .

    7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a’nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

    8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !
    Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

    [ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat – pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

    9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

    10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang – undang ciptaan manusia .

    sumber:http://episodeperjuangan.blogspot.com

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 2:19 pm on September 14, 2009 Permalink | Reply  

    Majlis Berbuka Puasa bersama Pemuda Pusat 

    15hb september 2009 saff kepimpinan Pemuda PAS Pusat akan turun ke Melaka untuk berbuka Puasa bersama dengan Ahli dan Pimpinaimagesn Pemuda Negeri yang akan diadakan di Madrasah Ar-Rahmah Solok Gaung.Majlis ini diadakan oleh Pemuda pusat diseluruh negeri bagi meratkan hubungan diantara pimpinan dan ahli PAS Negeri Melaka dan kepimpinan PAS pusat.

    Dengan adanya program-program seperti ini ia dapat diharapkan dapat membentuk wehdatul fikr dan wehdatul amal(kesatuan fikiran dan amalan) dikalangan ahli dan sesama pimpinan dipelbagai peringkat.Diantara pimpinan yang akan turun termasuklah Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasarudin hasan Tantawi dan Ustaz Azman Shaparwi,timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

    Majlis bermula dengan berbuka puasa sekitar jam 7 petang diteruskan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah serta Solat Tarawikh.Kemudianya ceramah perdana di sungai Rambai oleh Ustaz Nasarudin Hasan pada jam 10.00 malam.Dijemput kepada semua ahli khususnya untuk sama-sama hadir ke majlis.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 6:21 pm on August 11, 2009 Permalink | Reply  

    Isu Arak : Kelab Penyokong PAS Melaka turut mencabar Ali Rustam 

    PengHARAMan Arak : Telah Terang Jelas lagi Bersuluh

    Semalam Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ust Kamarudin Sidek telah mencabar Datuk Ali Rustam, selaku ketua Menteri Melaka agar dapat menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam. Ali Rustam dalam kenyataannya sebelum ini telah turut mencabar PAS Selangor berhubung isu arak di negeri itu agar PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat andai isu arak di Selangor ini tidak diselesaikan. (sumber: Harakah/Blog Ust Kamarudin Sidek/Blog Pemuda Pas Melaka)

    Malam ini, telah diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Penyokong PAS Kaum India Melaka di Markas PAS Bukit Katil, turut menjadi jemputan adalah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Malaysia, En.Balasubramaniam. Majlis ramah mesra kelab Penyokong PAS India bersama pimpinan PAS negeri mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli kelab Penyokong PAS India yang turun daripada setiap kawasan disamping turut hadir ahli-ahli Pas lain. Pelbagai lontaran idea, semangat dan harapan yang dilontarlan dalam sesi soal jawab bersama pimpinan dan para jemputan telah membuktikan suatu gambaran positif bahwa PAS Melaka semakin mendapat tempat dimata golongan kaum India.

    Satu isu yang menjadi topik kupasan penting dalam pertemuan ini adalah berkaitan isu arak. Dengan mengambil contoh isu arak di Selangor, kaum India di Melaka sendiri telah dipermain-mainkan oleh MIC atau UMNO untuk memberi lesen dan kelulusan kepada kedai bagi menjual arak kepada mereka, sedangkan bagi mereka, agama Hindu turut mengharamkan arak. Tindakan ini berlawanan dengan kenyataan Ali Rustam yang kononnya prihatin dengan isu arak ini. Ali Rustam terlalu sibuk menjaga tepi kain orang, rupa-rupanya kain sendiri tidak dijaga. Arak (samsu,liquor dll) amat mudah diperolehi di kedai-kedai di Melaka, malah kerajaan Melaka amat mudah memberikan lesen penjualan arak pada pekedai-walaupun kedai-kedai di kawasan yang majoriti Islam. Ini bukti bahawa Ali Rustam gagal untuk menjadi pemimpin yang prihatin tentang masalah sensitiviti kaum khususnya Melayu/Islam.

    Dalam kenyataan dalam media semalam, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ust Kamarudin Sidek berkata, “Beliau (Ali Rustam) adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.”Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain,”. Dan malam ini, En.S. Soorya (video) dari Pengerusi Kelab Penyokong PAS India Perak bersama-sama ahli-ahli kelab turut mencabar Ali Rustam agar beliau membuktikan kata-katanya itu, yakni mengharamkan arak di Melaka, andai beliau benar-benar begitu prihatin terhadap penduduk Melaka.

    Gambar sekitar Majlis Ramah Mesra Kelab Penyokong PAS Kaun India Melaka

    En.Balasubramaniam sedang berucap

    Sesi soal-jawab

    Sesi penyampaian cenderahati pada jemputan di akhir program oleh Saudara Adly Zahari, Timb.Pesuruhjaya 1 PAS Melaka

    Katakan ‘Tak Nak’ pada Arak

    “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar atau arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. “

    Al-Maidah 90

    Sumber : Blog |Single_Breath|

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 4:28 pm on August 11, 2009 Permalink | Reply  

    Ali Rustam Dicabar Kuatkuasa Pengharaman Arak 

    banner Ustaz Kamarudin2

    MELAKA, 11 Ogos (Hrkh) – Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

    “Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu.

    “Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam,” kata beliau.

    Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini.

    “Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.”Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain,” katanya.

    Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya.

    sumber: Harakah / Blog Ust Kamarudin Sidek

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel
%d bloggers like this: