Recent Updates Page 2 Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 9:15 am on August 11, 2011 Permalink | Reply  

    DPPK Bukit Katil: Apabila Beruk Boleh Mengundi. 

    Anjing boleh diibaratkan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara yang sering menyalak mempertahankan bahawa mereka dipihak yang benar dalam mendaftarkan kewarganegaraan asing mahupun tempatan. Semakin kuat menyalak (menipu), semakin buat kesunyian menjadi gempita (kantoi).

    Pagi jadi warga asing, petang jadi warga negara dengan alasan JPN tidak mengemaskini data-data pada Januari lalu setelah Mismah sudah memiliki MyPR hampir 29 tahun dan akan bertukar status setelah mencukupi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

    Namun anjing-anjing BN ini terus menafikan kerana sistem lambat mengemaskini. Boleh aku simpulkan bahawa sistem dalam pengkalan data kerajaan macam sial kerana lambat kemaskini. Setelah lebih enam bulan baru dapat dikemaskini. Ini jawapan tidak masuk akal dan cakap-cakap kencing berdiri puak-puak hantu.

    Bukan sekor yang telah jadi warga negara sebaliknya telah dikesan hampir 1,597 dan ini mungkin akan berlaku lagi. Boleh aku perkatakan benda ini berlaku tiap-tiap hari. Kalau bukan kerana anjing suruhan BN ini, benda seperti ini tidak akan berlaku. Pengkhianat punya JPN!

    Kenapa tidak didaftarkan beruk-beruk dan orang utan untuk diberikan kelayakkan warganegara? Berikan sahaja kepada binatang itu supaya dapat mengundi BN pada pilihan raya pada masa akan datang. Ajarlah beruk-beruk dihutan supaya memangkah BN dan jika BN menang, maka beruk-beruk akan menjadi Perdana Menteri.

    Biar semua negara dalam dunia ini tahu bahawa yang memerintah Malaysia adalah beruk-beruk yang telah diberikan taraf kewarganeraan yang boleh mengundi. Biar beruk-beruk yang menentukan politik Malaysia. Jika diberi kepada manusia, ia tidak pernah memikirkan maruah negara sebaliknya merogol kedaulatan tersebut.

    Bila ada ahli Parlimen dari Tangga Batu menyalak bahawa itu masalah kecil, itu menandakan beruk-beruk boleh daftar mengundi. Kecil kata beliau kerana demi menyelamatkan maruah BN, beliau mengkritik bahawa pembangkang cuba memperbesarkan isu ini.

    Jika tiada beruk yang mengundi dan geng-geng Hantu Kak Limah, maka BERSIH tidak akan mengadakan demonstrasi. Selepas 9 julai, makin ramai yang dapat status kewargenegaraan atas nama pemutihan. Pemutihan untuk pendaftaran. Beranikah JPN dan SPR mendaftra beruk dan orang Utan untuk mengundi BN?

    Berikut ialah hantu Suster Ngensot yang telah didaftar di Malaysia. Status terakhir tujuh pengundi itu adalah:

    1. Shodah binti Abdul Rahman

    IC lama: 4802777

    Entri pertama: MyKad 550620055800 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

    Entri kedua: MyKad 560620055412 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

    2. Mohamad bin Ismail

    IC lama: 8370614

    Entri pertama: MyKad 540405025757 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

    Entri kedua: MyKad 540405025095 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

    3. Anderson a/l P Arputhanathan

    IC lama: A0831847

    Entri pertama: MyKad 671117106499 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

    Entri kedua: MyKad 671117105963 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

    4. Chellamah a/p Murugesu

    IC lama: 7877951

    Entri pertama: MyKad 491006045672 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

    Entri kedua: MyKad 491006015094 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

    5. Sa’ad bin Samsudin

    IC lama: 1479323

    Entri pertama: MyKad 380913105681 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

    Entri kedua: MyKad 510913105553 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

    6. Mohd Rashid bin Ismail

    IC lama: 6397062

    Entri pertama: MyKad 620108086991 sah di laman web JPN, berdaftar di Taiping, dan masih dalam daftar pemilih.

    Entri kedua: MyKad 620108086713 sah di laman web JPN, berdaftar di Bukit Gantang dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

    7. Sulong bin Jalil

    IC lama: 6290844

    Entri pertama: MyKad 611110115371 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan masih dalam daftar pemilih.

    Entri kedua: MyKad 611110015143 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

    Namun bagi Mohd Rashid dan Sulong, meskipun ‘klon’ mereka telah dikeluarkan dari daftra pemilih, namun kedua-dua mereka masih memiliki dua nombor MyKad yang berlainan seperti yang dipaparkan di laman web JPN.

    Sumber: Blog Pemuda PAS Bukit Katil

    Sumber lain: Kijang

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 3:49 am on August 11, 2011 Permalink | Reply  

    DPPM: SPR Hilang Kredibiliti 

    1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah hilang wibawa dan tidak lagi mempunyai status layak untuk mengendali sistem pilihanraya negara. Terlalu banyak kepincangan dan kelemahan yang menjejaskan nilai telus dan saksama dalam pengurusan dan pengendalian sebuah pilihanraya dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

    2. Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti – parti politik yang menyertai pilihanraya tidak mampu disangkal lagi, malah ianya telah melurut jatuh seluruh uniform Pengarah dan Timbalan Pengarah SPR dihadapan umum. Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti.

    3. Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah dari My PR di waktu pagi kepada My Kad di sebelah petang pada hari yang sama, senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara tetapi ada dalam daftar pemilih SPR, senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan terbaru sebuah kampung bernama Kg Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi dan banyak lagi dan banyak lagi ….

    4. Ringkasnya, negara tidak boleh menghadapi pilihanraya berhakimkan SPR yang kini telah mengalami kecacatan parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan pilihanraya. SPR kini tiada pilihan melainkan hanya terpaksa berdepan dengan 3 keadaan :

    a] Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.

    b] Pengarah dan Timbalan Pengarahnya meletakkan jawatan segera

    c] Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti – parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat antarabangsa.

    5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. Tiada makna lagi pilihanraya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil. Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang sabar dan kepercayaannya kepada SPR.

    6. Saya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, dengan satu ketetapan dan penegasan kepada semua jentera pilihanraya pemuda di peringkat negeri dan kawasan agar menganjurkan sekurang – kurangnya ( 3 kali ) Malam Munajat Pilihanraya [MMP], terutama saat kita meniti 10 akhir Ramadhan untuk memohon pertolongan Allah swt menghadapi makar atau tipu helah mereka yang telah hilang rasional semata – mata mahu mengekalkan survival kuasa pemerintahan mereka lalu mengabaikan amanah dan tanggubgjawab mereka untuk berlaku adil dan telus.

    7. Lajnah Keahlian dan Ulama’ Pelapis mungkin boleh membantu untuk memimpin Malam Munajat Pilihanraya [MMP] anjuran Jabatan Pilihanraya Pemuda di peringkat negeri dan kawasan. Nampaknya, hanya Allah swt boleh mendisiplinkan SPR. KepadaNya kita bermunajat dan kepadaNya jua kita bertawakkal.

    Ust Nasrudin bin Hassan Tantawi
    Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 8:57 am on August 10, 2011 Permalink | Reply
    Tags: Luar Negara   

    Pemuda Jasin: Bukti Salah Laku Pegawai Kedutaan Malaysia di Mesir 

    Isu mahasiswa bukan hanya sekadar salah laku pegawai JPMK, bahkan ia bertambah parah apabila Khairi Jalalluddin, Pegawai Atasan Akademi jabatan tersebut merupakan dalang dalam memecahkan kesatuan mahasiswa.

    Pendedahan yang dibuat di dalam Laman Sosial Kak Limah menceritakan bahawa beliau (Khairi) telah merancang bersama seorang Pegawai HEP Melaka dan memperalatkan mahasiswa yang bernama Faizal Sabhon untuk memecahbelahkan kesatuan mahasiswa Mesir.

    Namun, tindakan beliau tidak nampak memberi sebarang kesan. Bahkan, mahasiswa lebih melihat salah laku yang dilakukan oleh Khairi terhadap mahasiswa.

    Sehingga kini, Saudara Faizal Sabhon yang diperalatkan oleh Khairi Jalalluddin masih lagi meneruskan usaha untuk memburuk-burukkan PMRAM. Manakala Khairi Jalalluddin sendiri masih tidak dapat diketahui perkembangannya.

     

    Sumber: Blog Pemuda PAS Jasin

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 7:50 am on August 10, 2011 Permalink | Reply  

    Memimpin Kebangkitan Anak Muda: “Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan” 

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 7:28 am on August 10, 2011 Permalink | Reply  

    Isu: JAIS dan Pihak Gereja 

    “Mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), pemeriksaan oleh JAIS terhadap premis tidak perlukan Waran sekiranya disyaki ada kes cuba memurtadkan orang Islam. Enakmen tersebut menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.”

    Demikian menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dalam kenyataan ringkasnya di laman sosial facebook.

    Walaubagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia mengambil langkah berjumpa kedua-dua pihak iaitu JAIS dan pihak gereja.

    “PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh.

    “PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 2:36 pm on August 3, 2011 Permalink | Reply  

    RM317,000 kos nombor pendaftaran kereta…? 

    – Gambar Hiasan –

    Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Negeri Melaka yang di lihat ingin melakukan pembaziran yang besar mengenai pembelian tender nombor pendaftaran kenderaan.

    Maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta ini di peroleh dari Pejabat JPJ Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

    Ianya melibatkan perbelanjaan tender nombor pendaftaraan kereta yang bernombor MCC 1 sehingga MCC 15.

    Bayangkan RM317,000 untuk pembelian nombor pendaftaran kereta, ianya tidak masuk akal dan ianya suatu pembaziran duit rakyat?

    Seharusnya kerajaan negeri dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Pembelian nombor kenderaan tidak memberi faedah besar kepada rakyat, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kos yang besar.

    Kerajaan perlu memikirkan nasib rakyat Melaka yang rata-rata hari ini masih belum berada pada taraf hidup yang memuaskan. Masih ramai lagi di kawasan luar Bandar di Melaka hidup miskin, buktinya dengan program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kerajaan negeri sendiri laksanakan ketika Pilihan Raya Kecil di Merlimau dahulu.

    Rakyat Melaka juga masih terbeban dengan kenaikan harga barang, dan baru-baru ini kerajaan negeri juga telah menaikkan tariff air sebanyak 20%.

    Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri Melaka membatalkan hasrat untuk membeli nombor pendaftaran dengan kos tersebut atau kerajaan negeri boleh membeli tetapi dengan kos yang relevan dengan memikirkan kepentingan rakyat dan bukan kepentingan peribadi semata-mata.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 2:06 am on July 30, 2011 Permalink | Reply  

    Salam Ramadhan… 

     

     

     

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 12:13 pm on July 27, 2011 Permalink | Reply  

    Ulama’ Muda Umno: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga 

    1. Saya masih ingat, antara maklumat yang diterima ramai orang dan bertiup pula ke serata ruang tatkala mengiringi kemasukan 40 ulama’ muda ke dalam UMNO baru – baru ini ialah kerana mahu mengelak dari dilabel sebagai pengganas atau terroris. Kebetulan, pada masa itu terdapat usaha dari beberapa pihak yang giat menyerang fahaman wahabi dan lebih nekad mengaitkannya dengan kumpulan pengganas.

    2. Antara yang dipalit dan diseret ke kancah wahabi dan pengganas ialah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mantan Mufti Perlis. Namun alhamdulillah, Dr. Mohd Asri tidak mudah terpedaya dan tidak mudah mengantuk biarpun telah dihulurkan bantal empuk buat beliau.

    3. Buat beberapa purnama, isu pengganas ini reda, demikian juga isu wahabi surut seketika. Sementara itulah, ulama’ Muda UMNO giat menyerang usaha yang dilakukan oleh PAS terutama dalam beberapa isu seperti isu Majlis Fesyen Islam yang dinaungi oleh Rosmah Mansur di Monte Carlo. Ketika DPP Malaysia membantah, ulama’ Muda UMNO tampil mempersoalkan tindak DPP Malaysia ketika itu tanpa pula mempersoalkan penganjuran majlis tersebut.

    4. Terbaru isu Himpunan BERSIH 2.0 yang menyaksikan beberapa tokoh Ulama’ Muda UMNO ini gigih mempertahankan kerajaan dan sekaligus menempelak penganjuran himpunan BERSIH 2.0 sebagai bertentangan dengan syariat Islam dan manhaj salafus soleh.

    5. Tidak semena – mena, setelah Ulama’ Muda UMNO mengerah segala keringat, ilmu dan masa untuk mempertahankan kerajaan dan memburukkan BERSIH 2.0 , kini mereka pula disenaraikan sebagai wahabi dan lebih malang dikaitkan pula sebagai pengganas.

    6. Ternyata usaha Ulama’ Muda UMNO tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata – rata. Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai UMNO adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak.

    7. Andai benarlah bagai dikata, saya sungguh bersimpati dengan nasib 40 Ulama Muda UMNO , sudahlah mereka jatuh terperosok dalam perangkap UMNO kini mereka pula tertimpa tangga yang mereka panjat sendiri untuk mencari ruang selesa dalam UMNO, parti yang mereka sangka mampu menyelamatkan kedudukan mereka pada waktu itu.

    8. Andai maklumat umum yang saya terima itu tiada kebenarannya, maka atas dasar dan asas apa sekalipun 40 Ulama’ Muda yang menyertai UMNO tempohari, setelah dipuja dan dijulang sebagai pembawa rahmat dan manisan buat UMNO, kini usaha mereka dibalas racun berbisa apabila mereka terus dilabel sebagai Wahabi dan pengganas. Kelihatan Pergerakkan Pemuda UMNO pun tidak mempertahankan Ulama’ Muda UMNO tersebut biarpun dalam masa yang sama mereka membela Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Apakah Pemuda UMNO merasakan Ulama’ Muda UMNO ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas ? wallahua’lam bissowab.

    9. Saya mengenali sebahagian dari tokoh Ulama’ Muda UMNO tersebut. Tidak tergambar pada fikiran saya dengan raut wajah dan susuk tubuh yang dimiliki, mereka boleh tersenarai sebagai pengganas. Tapi apa boleh buat, kini  usaha memerangi fahaman wahabi dan mengaitkannya dengan pengganas telah berjaya mempengaruhi pihak kerajaan. Sebagaimana Ulama’ Muda UMNO itu begitu tega menuduh BERSIH 2.0 dengan pelbagai label maka kini kerajaan tidak sedikitpun menunjuk wajah simpati kepada mereka dengan melabelkan mereka pula sebagai ppengganas.

    10. Sementara kerajaan UMNO dan BN ini pula memang terkenal mudah melabel satu – satu pihak dengan label yang bukan – bukan sesuka hati mereka. Terbaru lebih 60 Ngo yang bergabung membentuk sebuah kempen dikenali sebagai BERSIH 2.0 telah dilabel sebagai komunis dan mendapat pembiayaan dari kuasa asing. Kini saya termenung dianjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 Ulama’ Muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya. Berbaloi digelar “pengganas” oleh kerajaan UMNO dan BN kerana menentang mereka.

    Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi

    Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel
%d bloggers like this: