Tagged: Melaka Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 8:49 am on January 29, 2011 Permalink | Reply
    Tags: Melaka, Merlimau PAS, PRK   

    Pilihanraya DUN Merlimau dijangka akan diadakan pada 6hb Mac 2011 manakala penamaan calon akan diadakan pada 26hb Februari 2011.Pengumuman dibuaat oleh pengurusi SPR hari ini.Pilihanraya diadakan selepas penyandang jawatan DUN merlimau meninggal kerana sakit jantung.

    Advertisements
     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 1:41 am on December 17, 2010 Permalink | Reply
    Tags: Anwar Ibrahim, Melaka, Pakatan rakyat   

    Anwar turun ke Paya Dalam Melaka. 

    Paya dalam 16 Disember 2010- Ceramah pakatan rakyat yang membariskan Ustaz ghani Abdul Rahman Pesuruhjaya PAS, Ustaz Badrul Amin dari PKR ,Shamsul Iskandar dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan isu- isu semasa. Ceramah pakatan rakyat itu menarik perhatian lebih 3000 orang hadir pada program malam tadi.

    Ceramah yang dihadiri oleh penduduk di sekitar Kampung Paya Dalam itu sebagai sokongan kepada Dato seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan yang sedang dihadapinya sekarang dan penggnatungan secara tidak sah oleh Speaker Dewan Rakyat Kelamarin. Ceramah yang sama juga cuba dibuat oleh UMNO Melaka tetapi apa yang menyedihkan cuma ada bendera dan pentas ceramah sahaja. UMNO cuba menarik perhatian penduduk kampung dengan pemberian kain pelekat sebagai bahan penarik,tetapi dilihat gagal untuk menarik orang ramai hadir kesana.

    UMNO Melaka harus mengambil perhatian kerana taktik mereka memberikan kain pelekat dan beras tidak lagi berkesan kerana rakyat dahagakan maklumat bukanya barang-barang dapur yang tak sampai RM50. Ceramah yang diadakan semalam adalah lanjutan daripada sesi jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap penggantungan nya daripada menghadiri sidang dewan.

    Walaupun ceramah yang diadakan pada hari bekerja,ceramah tersebut tetap dihadiri ribuan penduduk yang menunjukan sokogan kepada program-program yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Khususnya PAS di Melaka.Ali rustam semakin rungsing tidur malam.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 10:15 am on December 16, 2010 Permalink | Reply
    Tags: Melaka, Pingakat kebesaran, Rosmah   

    Kerajaan Melaka beri Darjah TERTINGGI kepada Rosmah 

    Kerajaan hari ini(15hb Dis) telah memberi darjah kebesaran tertinggi negeri Melaka kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang membawa gelaran Datin Seri Utama sempena hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob.Anugerah itu sempena Hari Jadi ke-72 Mohd Khalil pada 9 Okt lalu dan Rosmah mendahului senarai 934 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran.

    Adalah menjadi kebiasaan bagi raja-raja dan ketua-ketuaYang dipertua Negeri untuk memebri darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja sempena hari hari jadi,tetapi darjah kebesaran tertinggi negeri Melaka diberikan kepada Rosmah yang tidak jelas sumbangan dan peranan beliau dalam memajukan Melaka.Sepatutnya darjah kebesaran tersebut diberikan kepada individu yang banyak berjasa kepada Negeri Melaka khususnya.Sebelum ini kita sedikit terkejut apabila penganugerahan diberikan kepada Shah Rukh Khan yang membawa gelaran datuk.Adakah pemberian gelaran ini sekadar pemberina untuk menarik perhatian golongan-golangan pembesar ini.Sama-sama kita fikirkan.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 7:13 am on December 13, 2010 Permalink | Reply
    Tags: dppn melaka, ketua menteri melaka, Melaka, monorail, yb khoo   

    Monorail Melaka Berhenti Operasi 

    Dilancarkan dengan kos RM15.9 Juta The Sun 11 hb Disember melaporkan monorail yang tidak sampai 3 bulan itu telah mengalami masalah teknikal dan telah ditutup kepada orang awam sejak seminggu yang lalu. Monorail sepanjang 1.6KM merentasi sungai Melaka,Taman rempah,Pengakalan Rama dan Bunga Raya pantai dibuat atas alasan untuk menarik pelancong asing. Laporan itu juga menyebut masalah roda monorail menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dan terpaksa memanggil jurutera dari china untuk memperbaiki masalah tersebut.

    Sebelum ini Melaka juga telah mengalami kerugian akibat operasi Menara Taming sari dan Eye on Melaka yang juga mengalami masalah “Teknikal”. Menurut adun Ayer Keroh Y.B . Khoo Poay Piong telah beberapa kali membantah pembinaan monorel tersebut atas sebab sangsi akan keuntungan yang bakal diperolehi.

    DPPN Melaka sangat kecewa atas sikap Ketua Menteri atas sikap tidak prihatin kerana menghabiskan duit rakyat Melaka yang jelas sebelum ini merugikan.

     
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 10:10 am on December 9, 2010 Permalink | Reply
    Tags: Jambori amal, Melaka, sg. udang   

    Jambori Amal Pusat 

    Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para petugas Jambori Amal Pusat yang berlangsung di Sg. Udang Melaka pada 3-5hb Disember 20101 .Semoga jasa baik sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa mendapat balasan daripada Allah S.W.T.Walaupun berdepan kesukaran diperingkat awal oleh kerajaan negeri khususnya.Program berjalan dengan lancar tanp sebarang Masalah besar

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel
%d bloggers like this: