Isu: JAIS dan Pihak Gereja

“Mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), pemeriksaan oleh JAIS terhadap premis tidak perlukan Waran sekiranya disyaki ada kes cuba memurtadkan orang Islam. Enakmen tersebut menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.”

Demikian menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dalam kenyataan ringkasnya di laman sosial facebook.

Walaubagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia mengambil langkah berjumpa kedua-dua pihak iaitu JAIS dan pihak gereja.

“PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh.

“PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.