Pemuda PAS Melaka BANTAH Lanjutan Operasi Pusat Hiburan…!!!

1) Lebih 200 jemaah yang kebanyakan ahli PAS mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah keputusan kerajaan negeri yang dibuat baru-baru ini berhubung isu melanjutkan masa operasi pusat hiburan di Melaka sehingga jam 3 pagi.

2) Demonstrasi dilakukan di perkarangan Masjid Bukit Katil sebaik selesai solat Jumaat.

3) Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka, Musa Mohamad berkata, tindakan mereka itu bagi mendesak supaya kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menarik balik keputusan itu.

NONE

“Kita minta tarik balik kelulusan tersebut yang telah dibuat oleh Ali Rustam dan apakah beliau ingin jadikan Melaka ini sebagai ‘Darul Maksiat’.

“Mencegah kemungkaran itu adalah perkara yang wajib bagi umat Islam tapi tindakan beliau ini lebih membuka ruang kepada maksiat dan perkara mungkar untuk lebih berleluasa lagi.

“Saya mengingatkan beliau di dalam kita hendak menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, jangan sampai bala Allah turun kepada kita semua disebabkan tindakan ini,” katanya.

4) Beliau juga menyatakan Umno dan BN jelas tidak serius menangani gejala sosial yang semakin parah berlaku di kalangan masyarakat khususnya umat Islam.

NONE

5) Bagi Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamed, beliau menjelaskan, PAS kesal dengan keputusan kerajaan negeri itu yang dilihat mencabar kesabaran umat Islam di negeri ini.

6) Menurutnya, tindakan ini perlu menjadi iktibar kepada rakyat Melaka supaya mengambil tindakan sewajarnya semasa pilihan raya umum akan datang.

Ketika kerajaan Kedah mengambil keputusan menghadkan pusat hiburan hanya untuk orang bukan Islam pada bulan Ramadan ini, kerajaan Melaka dengan berani bertindak meluluskan perlanjutan masa operasi pusat hiburan,” katanya.

7) Baru-baru ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, selepas mesyuarat mingguan Exco, mengumumkan keputusan kerajaan negeri membenarkan 15 pusat hiburan di kawasan Taman Melaka Raya melanjutkan masa operasi sehingga jam 3 pagi.