Projek Tipu Anak Muda – Skim Rumah Pertamaku (SRP)

1) Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100%.

2) Skim ini hanya akan menyebabkan golongan muda bukan sahaja terus dibebani hutang malah berdepan insolvensi. Ianya tidak lebih hanya sebagai tindakan populis namun pada masa yang sama, memusnahkan masa depan golongan muda.

3) Dengan tawaran 100% pinjaman tanpa deposit sehingga RM200 ribu, golongan muda bukannya dibantu, namun dibebankan hutang tambahan selain hutang pinjaman barangan lain yang sedia ditanggung. Malah, peserta skim ini terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan yang tinggi untuk tempoh 30 tahun. Apa yang lebih dituntut generasi muda ketika ini adalah tambahan ke atas pendapatan mereka…!!!

4) Contoh pengiraan mudah bagi seorang pekerja berpendapatan RM3000.

  • Ansuran bulanan kereta: RM500
  • Bil telefon: RM80
  • Sewa kediaman: RM400
  • Makanan: RM500.

*** Hanya ada RM1,000 sahaja lagi lebihan selepas pemotongan EPF dan Socso.

5) Dari segi data yang direkodkan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan:

  • 50,361 kes berkaitan kegagalan membayar hutang pinjaman (daripada jumlah tersebut, 10.6% adalah mereka yang tidak membayar hutang kad kredit manakala 74.3% bermasalah membayar pinjaman rumah, kereta dan baki kad kredit).

6) Tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim ini. Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong. Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota.

Komen Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub: Skim Rumah Pertamaku tipu golongan muda

Komen AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad: Rumah pertamaku: Golongan muda dibebani hutang