Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Yang Baru

3hb Mei 2011 selesai muktmar peringkat Pemuda PAS Negeri Melaka. Muktmar pemilihan 2011 ini menyaksikan beberapa perubahan kepada saff kepimpinan pemuda Negeri. Paling Ketara perubahan di peringkat Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri. Ketua Pemuda Negeri yang baru dipegang oleh Tn Hj, Yuhaizah Abdullah yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS pada sesi yang lepas. Pemilihan Hj Yuhaizad dilihat tepatdan bersesuian kerana beliau merupakan antara aktivis yang telah lama bersama dengan Pemuda PAS Negeri Melaka Sendiri.

Dengan Hj Yuhaizad dipilih sebagai Ketua Pemuda menggantikan Ustaz Kamaruddin Sidek yang telah tamat penggal had usia, secara tidak langsung mengosongkan kerusi Timbalan Ketua Pemuda yang disandang oleh Ustaz Musa,Pengerusi Lajnah Tarbiah pada sesi lepas. Pemilihan Ustaz Musa dilihat sebagai penyokong kepada Hj, Yuhazaizad memandangka Ustaz Musa merupakan seorang pendakwah bebas yang mampu menggalas tugas tersebut walaupun hanybaru satu penggal bersama Dewan Pemuda PAS Negeri. Ustaz Musa Merupakan diantara figure yang menjadi pelapis kepada kepimpinan pemuda pada masa akan datang.

Seramai sepuluh orang Ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik dikalangan perwakilan kawasan,yang mana ada diantara AJK tersebut gabungan daripada muka-muka baru dan lama bagi memperkuatkan lagi saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Dengan perlantikan baru ini diharap Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka akan terus memacu kehadapan dengan program-program dan aktiviti yang mampu menarik golongan muda khususnya mendekati PAS di Melaka.