Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penyhayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di Melaka hari ini.

Beliau berkata, terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

“Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,” kata Mohd Ali.

DPPN said – Cadangan yang sangat tidak bijak daripada Ali rustam dan orang-orangnya bahkan Menteri Pelajaran Datuk Zarkasi dan Menteri Hal ehwal Wanita daripada UMNo sendiri tidak setuju dengan cadangan tersebut. Bahkan presiden Pemuafakatan Guru dan Ibu Bapa Prof Madya Datuk Dr Mhamad Ali Hassan menyifatkn cadangan tersebut hanya akan menyebabkan lebih ramai pelajar tercicir dan membesarkan lagi masalah sosial dikalangan pelajar. Menurutnya kerajaan harus mengambil langkah Pencegahan(preventive) berbanding pemulihan…fikir-fikirkan