Sidang DUN Melaka : ISU YBK hangatkan DUN Melaka

Harakah keluaran 3 – 5 Rabiulakhir 1431 / 19 – 21 Mac 2010-03-19

Melaka : Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka yang kedua belas turut menyaksikan pertikaman lidah di antara wakil daripada BN dan DAP apabila isu pembayaran cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor ( YBK ) dibangkitkan, di sini, baru – baru ini.

Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam ketika menjawab soalan tambahan daripada Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyatakan bahawa beliau mencadangkan bayaran kepada YBK atas tujuan perniagaan. “ Saya cadangkan bayar YBK untuk ’bisnes’ setelah dikaji oleh untung, saya cadang DMDI Finance House bayar cukai tanah ini tapi dah lambat dan Selangor tak terimanya tapi moral ceritanya kita dah buat perjanjian untuk buat pelaburan tapi Selangor banyak politik.”

“ Kalau kita kat Melaka buat apa nak rampas tanah orang contoh tanah RM100 juta tak bayar cukai RM5 juta ini tak adil.” “ Bukan macam Selangor aniaya orang, Selangor zalim tak ada pertimbangan, habis orang rugi terjun bangunan saya juga salah ke? Talam hutang RM300 juta kenapa Selangor boleh ‘bailout’,” katanya. Adun Kota Laksamana ( DAP ), Betty Chew Gek Cheng lalu bangun mencelah dengan mengatakan jawapan yang diberikan Adun Bukit Baru ( UMNO ) itu membuang masa kerana tiada kaitan dengan perbahasan.

Suasana kemudiannya menjadi kecoh hampir 10 minit dengan berlaku pertikaman lidah di antara kedua – dua belah pihak apabila Adun Sungai Rambai ( UMNO ), Hasan Abdul Rahman turut mencelah bagi mempertahankan Ali Rustam. “ Duduklah Kota Laksamana, peraturan mana pakai tu, you lupa makan ubatkah, histeriakah?,” kata Hasan.

Ali Rustam seterusnya berkata, kita 1 Malaysia hati mahu baik, sekarang kita mahu bayar terimalah, kenapa orang miskin tak boleh tolong dan 1 ekar RM8,000 adalah harga yang murah. Khoo menerusi soalan membangkitkan persoalan bahawa bukankah penubuhan Yayasan Melaka bertujuan untuk memajukan tanah di Melaka lalu mengapa pelaburan dibuat di Selangor dan diputuskan Ketua Menteri sendirian.

“Ini salah guna kuasa, mana boleh keluarkan wang dengan cara begitu untuk bayarkan hutang cukai tanah guna wang rakyat Melaka dan bukan saya menjerit tapi ramai kaki bodek di sini yang mengganggu ucapan saya,” ujarnya.

Komentar oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka :

APA LOGIKNYA ALI RUSTAM BANTU YBK ?

RAKYAT MELAKA TERTANYA – TANYA AKAN TINDAKAN KERAJAAN MELAKA NAK TOLONG BAYAR CUKAI TERTUNGGAK 8 TAHUN YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) SELANGOR YANG DIPEGERUSIKAN OLEH DATUK ZAINAL ABIDIN SAKOM. SOALNYA ALI RUSTAM AMBIL DUIT DARI MANA? KENAPA BEGITU MUDAH DILULUSKAN? ADAKAH RAKYAT MELAKA SENDIRI DAH TAK PERLUKAN DUIT? APA JASA YBK KEPADA RAKYAT MELAKA? ADAKAH KERANA HUBUNGAN POLITIK KEPARTIAN, SANGGUP KORBANKAN WANG RAKYAT?

ADAKAH KERAJAAN MELAKA DAH SELESAIKAN HUTANGNYA SENDIRI?BANYAK LAGI PERSOALAN YANG PATUT DIBANGKITKAN….. ADAKAH SETAKAT JANJI KOSONG YBK DALAM MEDIA UNTUK BINA KAMPUS UiTM DI MELAKA DAH CUKUP DILEPASKAN RM5.7 JUTA SEBAGAI GERAN SOKONGAN ?. SAYA TAK NAMPAK KAMPUS TERSEBUT AKAN TERBINA DI MELAKA. SETELAH BERTAHUN LAMANYA YBK BEROPERASI, SETAKAT INI HANYA IA MAMPU BINA RUMAH ANAK YATIM DI SELANGOR SAHAJA. KENAPA APABILA BN DAH JATUH DI SELANGOR BARU DENGAR NAK BUAT KAMPUS ITU & INI.

http://kbsn26melaka.blogspot.com/2010/02/apa-logiknya-ali-rustam-bantu-ybk.html