kejohanan boling terbuka Melaka

Pagi tadi telah berlangsungnya kejohanan bowling Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Perasmian turut dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Melaka iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek.

Sebanyak 25 pasukan telah menghantar penyertaan yang dibahagikan kepada 3 orang setap kumpulan. Kebanyakkan yang menyertai kejohanan ini terdiri daripada belia-belia di bawah umur 40 tahun dan terbuka kepada semua golongan lelaki dan perempuan.

Kejohanan berakhir jam 1.30 petang dan pemenang bagi jatuhan pin terbanyak telah dimenangi oleh Sahri daripada DPPKAG dengan jatuhan pin sebanyak 581 mata bagi tiga pusingan yang dipertandingkan dengan menewaskan peserta yang lain.

Bagi acara berkumpulan tempat pertama pula dimenangi oleh kumpulan Madu 2 dengan jatuhan pin sebanyak 1509. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Team 59 yang juga blogger Pemuda Bukit Katil dengan jatuhan pin sebanyak 1441 dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Hijera dengan jatuhan pin sebanyak 1438.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang tempat pertama bernilai RM500 termasuk wang tunai, piala pusingan, medal, hamper dan sijil penyertaan. Bagi tempat kedua hadiah bernilai RM400 termasuk wang tunai, medal, hamper dan sijil penyertaan. Manakala untuk tempat ketiga hadiah bernilai RM300 termasuk wang tunai, medal, hamper dan sijil penyertaan

Sebanyak enam hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada kepada pemain yang bernasib baik. Hadiah pemenang disampaikan oleh Pengarah DACS Melaka iaitu saudara Azizone, Pengarah DACS Kawasan Bukit Katil iaitu saudara Aizuddin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka iaitu Yuzi Azhar dan saudara Puhat selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.