Perutusan sempena Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina 2010 kali ini merupakan yang dinisbahkan dengan kepercayaan masyarakat Tiong Hua sebagai Tahun Harimau.

Kepercayaan ini melambangkan Kekuatan , Persaingan , Kejujuran , Bersemangat Kental serta Berani khususnya mendepani hak dan maruah. Dalam proses perencanaan segala persiapan untuk mendepani serta mendewasakan masa depan yang lebih progresif , mantap dan rapi maka pusingan kepercayaan itulah yang akan dijadikan pedoman demi kehidupan yang lebih berharga dan bagi masyarakat Tiong Hua yang memiliki sifat yang baik semestinya ianya bukanlah asing bagi mereka untuk menghayati tradisi tersebut demi sebuah masa depan yang lebih sejahtera , aman dan makmur melalui kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Melaka.

PAS bersama Pakatan Rakyat Melaka berhasrat rakyat Negeri Melaka bakal mencipta sejarah pada pilihanraya ke 13 yang akan datang agar negeri ini dapat dipimpin oleh mereka yang memiliki prinsip Keadilan , Berkebajikan serta Berintegriti bagi benar benar mencapai maksud kemakmuran , bebas dari rasuah dan jenayah.

Saya menyeru kepada rakyat , agar kita dapat bersama sama berpadu merintis kemenangan bagi menjamin hak semua rakyat tanpa mengira kepercayaan dan ras.Oleh yang demikian , di kesempatan ini saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tiong Hua di Negeri Melaka. Semoga sambutan Tahun Baru Cina kali ini lebih bermakna dengan sambutan bersama masyarakat Melayu , India , Baba Nyonya , Portugise dan Chetti dalam suasana citra budaya.

Selamat Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan dari seluruh ahli PAS Melaka di semua peringkat.

Ustaz Kamaruddin Haji Sidek

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka