Medium peperangan era baru

Sesi penerangan oleh salah seorang jawatankuasa ICT PAS Pusat

Menyusuluri lipatan sirah umum mengetahahui peperangan siffin diantara tentera Muawiyyah dan Tentera Saidina Ali.Saidina Ali yang baru sahaja dilantik menolak permintaan muawiyyah untuk menyasat pembunuhan saidina Uthman keran baginya ia bukanlah Keutamaan pada ketika itu.

Saidina Ali melihat ia sebagai satu bentuk tentangan kepada perlantikan beliau padahal situasi bukanlah begitu.Disaat ini Saidina Ali yang duduk di Madinah dan Muawiyah yang duduk di Damsyik menyebabkan mungkin berlaku salah faham.Sehinggakan majlis Tahkim di Daumah al-janddal mereka masih mencari jalan penyelesaian.

Akhirnya….

campur tangan pihak munafiqin dan yahudi menyebabkan komunikasi yang dibina gagal…

BENGKEL ICT

Penerangan pentingnya Komunikasi

Ia menjadi pengajaran hari ini bahawa medium komunikasi sangat penting untuk gerakan islam hari ini.Justeru itu Pihak ICT PAS Pusat telah mengadakan konvensyen ICT PAS Negeri Sembilan di Senawang.

Segala Pengisian yang telah diberikan dengan tools-tools yang banyak dan canggih bagi ana cukup sebenarnya untuk PAS bersaing dengan media arus perdana dan gerombolan saraf UMNO Barisan Nasional.Soalnya tenaga kerja dan usaha para amilin sendiri untuk memastikan ia berjaya menjadi satu peralatan yang berguna.

Mudah-Mudahan ia jadi satu pemangkin kepada kejayaan akan datang….