Kerjasama yang di Dambakan…

KUALA KRAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO bersedia untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kesediaan untuk berunding dan mengadakan perbincangan dengan Pas juga adalah demi membangunkan umat Islam.

Bagaimanapun, beliau kecewa dengan tindakan pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan yang menghina orang UMNO.

“Nak buat baik, saya sanggup runding dengan Pas untuk kepentingan Islam. Tapi saya tidak rela kalau UMNO dihina oleh sesiapapun,” katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, semalam.

Kira-kira 4,000 penduduk Kuala Krai dan Manek Urai menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan bahawa penyokong UMNO tidak masuk syurga walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan isu masuk syurga itu adalah hak mutlak Allah.

Bagaimanapun, tindakan Nik Abdul Aziz menghina UMNO bukan merupakan kali pertama malah sebelum ini beliau pernah menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis.

Najib berkata, perbincangan antara Pas itu haruslah mementingkan pembangunan umat Islam di negara ini.

Katanya, jika mahu perbincangan itu berjaya Pas tidak sepatutnya mempertikai dan mempersoalkan akidah orang UMNO kerana mereka juga adalah orang Islam.

Najib berkata, perkara seumpama itu tidak perlu disebut-sebutkan kerana ia bukan membentuk perpaduan di kalangan umat Islam sebaliknya memecahkan perpaduan di kalangan mereka.

“Jangan persoalkan akidah kita… Sebab ini akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak sepatutnya berlagak warak dan menilai akidah orang Islam yang lain kerana mereka daripada parti berlainan.

Katanya, tindakan mempersoalkan keIslaman seseorang umat Islam bukanlah kerja manusia tetapi hak mutlak Tuhan untuk menentukannya.

“Dan (tindakan) persoalkan keIslaman kita ini bukan kerja manusia, ini kerja Allah. Ia jelas dalam al-Quran dan hadis,” katanya. (Sumber)

————————————————————


tindakan BETUL – ‘senyuman menawan’


Komentar:

Bagi pandangan saya yang cetek ini, PAS bukan tidak mahu berkerjasama dengan UMNO, lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan umat Islam, namun track-record UMNO sendiri membuatkan PAS hilang kepercayaan. Sikap dan pendirian pemimpin UMNO yang dahulu dan kini yang tidak benar ikhlas. Namun bagi kita sendiri, jawapannya adalah dari prestasi dan tindakan UMNO dari dulu hingga kini yang masih tidak berubah.

Jangan pisang berbuah dua kali.

Tapi, pisang UMNO bukan takat dua kali berbuah, malah berkali-kali. Cukuplah dasar nasionalisma UMNO yang tebal, masakan mahu bercita-cita membawa Islam, padahal Islam itu bukan soal nasionalism, tetapi ‘universalism’ (tak pasti wujud tak istilah ini), syumuliyyah dan alamiyyah. Islam tidak menolak bulat-bulat sikap Nasionalism, sikap ini penting bagi mengenal jati diri dan asal usul. Tetapi andai ia melebihi parameter yang dihadkan, ia menjadi sesuatu yang ekstrim dan melampau. Melampau dalam ertikata menganggap kaum lain rendah, malah ada yang menghina dan memandang rendah. PAS tidak begitu.

Andai UMNO menganggap PAS menghina mereka. PAS pula ‘menganggap’ (anggapan yang berfakta dan berdalil) UMNO menghina perjuangan PAS..iaitu ISLAM. Sifirnya bukan 2×5, tetapi menilai mana lebih HINA. UMNO tahu perjuangan mereka (orang PAS juga tahu), UMNO juga tahu perjuangan PAS (tak semua orang UMNO tahu). UMNO mengatakan PAS tidak boleh mempertikaikan soal AQIDAH, soalnya, kemaslahtan umat ISlam yang PAS bawa adalah didasari dengan AQIDAH..mana mungkin bawa ISlam, dalam masa sama AQIDAH songsang..ini yang perlu dijelaskan. Pokok yang baik kena pastikan dari benih dan akar yang baik.

Jadi..Fikirlah dua tiga kali andai pembunuh datang pelawa untuk menjadi sahabat, fikirlah dua tiga kali andai perompak merayu untuk berkawan, fikirlah dua tiga kali jika perasuah datang mahu bekerjasama, dan fikirlah BERKALI-KALI jika PENJENAYAH negara mahu BEKERJASAMA membina negara.

Soalnya, apakah adanya kerjasama bersama parti tidak mahu ‘bertaubat’..?

PAS…bukan hanya tidak mahu berkawan dengan ‘Penjenayah’, tetapi juga tidak mahu sekali terlibat sebagai ‘Penjenayah’..Wallahu’lam