Utusan Malaysia terus menjadi alat UMNO

utusan_umno_tak_masuk_syurga hari ini buat sekalian kalinya Utusan Melayu terus memainkan peranan sebagai alat oleh umno Barisan Nasional dalam memutar belitkan fakta bagi mengaburi minda rakyat.Fakta-fakta yang diambil oleh wartawan-wartawan utusan dengan sewenang-wenangya seleweng bagi memenuhi hasrat UMNO.

Setelah sebelum ini utusan di perintah untuk meminta maaf bagi isu yang berbeza nampaknya mereka masih tidak serik dan lalai bagi menggunakan diri mereka sebagai pencacai UMNO,Barisan Nasioanal.Sememangnya Akhbar Melayu ini milik UMNO dan tidak mungkin selama-lamanya ia akan berat kepada pembangkang.

Kenyataan tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang menngatakan “Penyokong UMNO” yang menentang dasar Islam sebagai orang yang menentang hukum Allah dan barang siapa menentang Allah tempatnya di neraka.Tuan Guru tidak memaksudkan secara khusus kepada Ahli Umno Tetapi sesiapa yang menyokong Dasar UMNO yang sesat itu.

Diharap tiada dikalangan ahli-ahli PAS mahupun penyokong serta pimpinan PAS terpengaruh dengan dakyah dan taktik yang sudah tidak relevan pada zaman ICT masakini.Setiap maklumat yang diperolegi daripada sumber yang dipertikaikan terutamanya akhbar PRO-UBN hendaklah ditolak secara total kerana tiada kenyataan yang bersifat neutral dan memihak kepada Pakatan Rakyat.