keganasan Polis terhadap himpunan aman

064Dewan pemuda PAS negeri Melaka mengutuk sekeras-kerasnya kegansan pihak polis dan FRU yang bertindak ganas terhadap peserta himpunan aman disekitar KL sabtu lalu.Sesungguhnya tiada justifikasi kukuh untuk pihak mengambil tindakan sedimikian kerana pihak penganjur iaitu GMI telah memberi jaminan untuk mengadakan himpunan dalam keadaan yang aman tanpa sebarang provokasi. Tetapi malangnya perhimpunan pada tenghari tersebut telah dicemari dengan tindakan drastik oleh pihak polis yang menyebabkan peniaga dan orang awam turut mengalami kerugian dan kemalangan.

Menurut Ahli jawatankuasa PAS Pusat,Saudara Mat Sabu Sekiranya perhimpunan yang dirancang itu dikawal dan dipantau dengan baik,tiada masalah yang bakal berlaku disekitar jalan tunku Abdul Rahman Kelmarin yang menyebabkan banyak kerugian.Katanya lagi perhimpunan itu akan bersurai dengan aman setelah menghantar memorendum kepada sultan justeru hanya mengambil masa 1jam-1jam setengah tanpa banyak masalah. Huru-hara yang timbul disekitar ibu kota dan kesesakan jalan teruk adalah disebabkan pihak polis yang menyurai074kan himpunan secara ganas.073

Pihak dewan pemuda PAS Melaka amat kesal akan kejadian terbabit dan berharap pihak Polis menjalankan Tugas dengan lebih Profesional tanpa mempunyai prejudis terhadap pihak-pihak tertentu dan tindakan yang double standard terhadap perkara ini. Bagaimankah sekiranya pihak yang PRO-ISA berhimpun disana?adakah pihak polis akan mengambil tindakan yang sama.Menurut pemerhatian tiada seorang pun daripada PRO-ISA ditangkap mahupun dikenakan tindakan ganas.