Bencana dari ALLAH

Dan peringatkanlah mereka tentang hari-hari Allah, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang amat bersabar lagi bersyukur” (Surah Ibrahim : 5)

HINI KIAN MENULAR

Hari ini jangkitan influenza A HINI khususnya di Melaka semakin menular yang menyaksikan kes terbaru mencatatkan angka ke tiga kematian daripada 13 kematian seluruh negara dan mencatatkan 1476kes yang dikesan di negara ini.Tidak mustahil angka ini akan terus meningkat memandangkan kepada peningkatan kes tempatan dan kes-kes diseluruh dunia.

Dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Melaka membabitkan seorang remaja berusia 12 tahun yang mengalami komplikasi buah pinggang manakala seorang lelaki berusia 20 tahun pula asma kronik.Mangsa ketiga ialah seorang budak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat akibat radang paru-paru.Terbaru, Mohd Hyafiq Aiman Mohd. Saiful Afendi juga berusia enam tahun, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tengah hari semalam.

JEREBU MENYELUBUNGI

DSC01520Menurut tinjauan disekitar bandaraya Melaka tahap penglihatan semakin kabur dan dijangka tahap IPU yang dicatatkan sekitar70-100 yang mana menghampiri paras tidak sihat. Melihat kepada gambar-gambar yang dirakam menunjukkan jelas keadaan bandaraya Melaka yang diselubungi JEREBU yang agak teruk. Tinjauan di beberapa tempat juga mencatatkan keadaan yang sama disamping hujan lebat yang berlaku semalam buat kali keduanya telah menengelamkan beberpa tempat seperi di Peringgit,Taman Cempaka,Klebang serta beberapa tempat lain

BERINGAT-INGAT

Berikut adalah Pesanan Tuan Guru NIk Aziz Nik Mat terhadap bencana yang berlaku ini “nik20aziz

“Kita kena serah kepada Allah, bala ini bila mari(datang) dia jangan kata tak ada kena mengena dengan tuhan, alim ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihaa dan tak tazkirah.

“Oleh itu kita kena kerjasama semua sekali, rakyat mahupun kerajaan kena bekerjasama, jika tidak habis kena bala, bumi ini tuhan punya, justeru kita tidak boleh buat pandai-pandai,” katanya.