Pemuda edar risalah GMI

Sabtu,25 Julai-MELAKA- Dewan pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama AMK Negeri telah turun ke Pasar Besar Negeri Melaka bagi mengedarkan risalah Gerakan Mansuhkan ISA. Risalah yang diedarkan adalah bertujuan untuk menggerakkan penduduk negeri Melaka dan mobilisasi masyarakat untuk turun meramaikan himpunan mansuhkan ISA pada 1 hb Ogos di Kuala Lumpur.

KamaruddinAktiviti yang bermula pada jam 9 pagi turut disertai oleh Ketua Pemuda Ustaz Kamarudin Sidek ,Naib Ketua Pemuda Saudara Zakuan dan Setiausaha Pemuda Negeri Saudara Yuzi. Turut serta bersama-sama mengedarkan risalah tersebut beberapa orang exco dan ahli jawatankuasa yang lain.Gerak kerja yang meliputi rislah bahasa Melayu,Inggeris dan cina diedarkan kepada seluruh masyarakat yang berada disana dan mengikut pemerhatian rata-rata masyarakat yang menerima risalah memberi sambutan yang baik terhadap pengedaran risalah tersebut. Kira-kira 3000 risalah diedarkan kepada semua masyarakat meliputi pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut seorang peniaga disini,pengedaran risalah kepada penduduk awam adalah sangat baik dan harus diteruskan pada masa-masa akan datang bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kekajaman ISA dan sama-sama mengambil bahagian dalam menyatakan bantahan terhadap akta yang menindas rakyat. Manakala seorang pengunjung Pasar Besar Melaka amat mengalu-alukan aktiviti berkaitan bagi memeberi maklumat sebenar kepada rakyat.

Aktiviti pengedaran risalah tamat jam 11 pagi dan semua Pemuda PAS dan AMK berpuashati terhadap kelancaran program tersebut dan berharap akan dapat dilaksanakan pada masa hadapan.