ceramah ISA Peringkat Negeri

mkini-banner-1-gmiCeramah Perdana Gerakan ISA peringkat negeri Melaka akan dibuat pada 26hb Julai 2009 di Permatang Pasir,Kota Melaka bagi memberi kesedaran kepada penduduk negeri Melaka tentang akta ISA yang selama ini telah lama menindas dan meyeksa rakyat.

Mobilisasi Peringkat negeri Melaka akan disertai Oleh Ustaz Idris Ahmad, Saudara Shamsul Iskandar serta Adun Kesidang Goh Leong San. Ceramah ini menjangkakan mendapat sambutan daripada penduduk Negeri Melaka terutamanya penduduk yang berada di kawasan Kota Melaka.

Antara Isu-isu yang bakal diketengahkan kepada masyarakat Melaka ialah kesedaran tentang kekejaman ISA yang telah menahan tanpa bicara serta tidak memberi peluang kepada tahanan untuk mebela diri.Sehingga kini hampir 40 orang yang masih lagi ditahan dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Ceramah Peringkat Negeri ini diharap dapat memberi maklumat dan kesedaran kepada penduduk melaka dan dapat menggerakan semua anggota masyarakat menyertai himpunan perdana di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap akta kejam ini.