Najib setelah gagal dalam permainannya

Selepas gagal melamar Pakatan Rakyat menyertai Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata BN tidak perlukan 20090622201735_najib-kissPakatan Rakyat untuk memerintah negara ini.

Najib berkata dakwaan bahawa kerajaannya lemah sehingga memerlukan sokongan mandat dari Pakatan Rakyat adalah tidak benar, katanya lapor Bernama.

Barisan Nasional menghadapi krisis keyakinan yang serius selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-12. Pentadbiran Najib terus dipersoalkan apabila Umno-BN kalah di semua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia.

Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini menutup semua saluran membincangkan isu kerajaan perpaduan bersama Umno-Barisan Nasional. Keputusan ini disusuli dengan kenyataan dari Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas telah menyelesaikan perselisihan faham berhubung isu yang diperbesar-besarkan media perdana dan membulat tekad melawan Umno-BN.

Najib bagaimanapun berkata Umno akan terus membuka pintu untuk membincangkan isu kerajaan perpaduan.