Ikhtilaf dari perkara ijtihad

eaba819b3d28e1f48428a4fddb16c5d9Bagi pemerhati mahupun dikalangan ahli PAS sendiri pada hari ini merasa tidak selesa apabila kemelut yang berlaku sejak setahun lalu kembali dihangatkan selepas berakhirnya muktamar PAS ke 55 yang lalu.Usahkan pemerhati luar bahkan ahli PAS sendiri pening memikirkan kekeliruan.

Ditambah dengan peranan media massa yang sedia memainkan peranan mereka dalam menyemarakkan lagi perbezaan ini menyebabkan perkara ini seolah-olah nampak semakin membesar dan membarah dalam PAS.Terbaru T.G. Nik Aziz mengulangi pendirianya menolak kerajaan perpaduan yang mana disokong pula oleh 10 orang ahli Parlimen PAS.Sudah tentunya semua yang berlaku ini akan mengembirakan lagi musuh-musuh yang bertepuk tangan kerana umpan yang dihulur mula mengena.

Dalam kemelut yang mungkin berlarutan sehingga ke Pilihan raya manik urai ini,Pimpinan tertinggi sudah pastinya akan memberi penjelasan yang sepatutnya dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan ini.Dan sekiranya ia merupakan satu ikhtilaf dikalangan ulama PAS diharap ia akan diselesaikan dengan baik dan dengan penuh suasana Ukhuwah.7eeea8e9e6df2aee99a245a3cc0e5905

Mungkin kita harus mengmabil pengajaran daripada Perang Jamal & Siffin yang berlaku diantara Muawiyah dan Saidina Ali. Luka yang masih berdarah terlipat dalam sejarah umat islam ini mungkin tidak berlaku sekiranya ada persefahaman dan komunikasi diantara Saidina Ali yang berada di Madinah ketika itu dan Muawiyah yang berada jauh di Syam.Dengan adanya teknologi komunikasi hari ini,kita mengharapkan jalan penyelesaian yang baik melalui penjelasan kepada masyarakat umum melalui saluran maklumat yang ada.

Biarpun islam membenarkan ruang ikhtilaf dalam perkara yang tidak diperincikan dalam Al-Quran,itu tidak bermakna kita harus mengenepikan akhlak dan kasih sayang sesama kita.Bagi yang cenderung untuk menyokong pandangan mana-mana pihak pastikan kasih sayang tidak terputus atas sebab perbezaan tersebut.