Majlis taaruf Pemuda Negeri-Bukit katil

Pada 14 jun 2009 bersamaan 20 jamidilakhir 1430H, barisan pimpinan pemuda negeri yang terdiri daripada Ketua pemuda negeri UstazKamaruddin Kamarudin hj. Sidek, Haji Shaharuddin bin Haji Yusof selaku bendahari,Mohd Zakuan bin Haron(Naib pemuda) dan Abu khir abu bakar(ketua penerangan) turun melawat serta berdialog bersama pimpinan pas kawasan bukit katil. Majlis yang bermula pada jam 9.45 malam itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan ketua pemuda bukit katil sdr. Muhammat Puhat bedol yang mana mengalukan barisan kepimpinan negeri yang sudi turun ke kawasn bukit katil pada malam tersebut.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi suaikenal diantara pimpinan negeri dan kawasan bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan serta amanat dari ketua pemuda dan diakhiri dengan sesi sumbang saran dan penyampain sagu hati kepada Ketua Pemuda.

Program taaruf ini bertujuan untuk pimpinan negeri beramah mesra dan berkenalan dengan barisan kepimpinan pemuda kawasan serta medan untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini serta ruang bagi pimpinan kawasan mengutarakan pendapat kepada pimpinan negeri.Program yang menyaksikan hampir semua pimpinan kawasan hadir mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat terutamanya pihak tuan rumah iaitu PAS cawangan taman Cempaka yang sudi untuk menyediakan tempat dan makanan pada malam tersebut.

PAS PASCA MUKATAMAR

Diantara beberapa perkara penting yang disentuh oleh Ustaz Kamarudin semasa ucapan beliau menyentuh hal-hal yang berbangkit semasa muktamar dan halatuju pemuda selepas ini terutamaya selepas perubahan kepimpinan pusat. Politic engangment yang telah dimulakan oleh ketua pemuda pusat terdahulu mestilah diteruskan diperingkat negeri sebagai persediaan menjadi kerajaan alternatif sekiranya ditakdirkan Allah PAS memenangi pilihanraya ke 13.

Turut diselitkan dalam ucapan beliau beberapa peringatan terhadap isu-isu dalaman parti yang perlu diberi perhatian supaya keutuhan dan jalinan ukhuwah diantara ahli pemuda sentiasa kuat seperti mana tali ukhuwah yang telah dibina oleh Nabi S.A.W melalui persaudaraan kaum Auz dan Khazraj selepas penghijrahan Nabi ke Madinah.

Ahli-ahli dan pimpinan kawasan juga diingatkan supaya dapat turun ketengah-tengah masyarakat,duduk bersama-sama mereka memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama khususnya bukan hanya pada waktu pilihanraya tetapi sentiasa berada bersama mereka pada setipa keadaan. Dengan pengukuhan tanzim dan organisasi ini tidak mustahil PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya akan beroleh kejayaan pada pilihanraya akan datang. Insyallah

Semoga amanat dan perbincangan yang dilakukan bersama menjadi titi kejayaan dan lebih bersemangat dalam mengatur gerakkerja pasca mukatamr PAS ke-55 ini.