Hilangnya murabbi umat

Apabila Rasullulah S.A.W. mengumpul para sahabt bagi mencari kekuatan semasa mula-mula menapakkan dakwah beliau dikota f_yakanmekah,rumah sahabat bernama Al-arqam bin abi arqam menjadi pilihan mereka mengikat ukhuwah dan berbincang mengenal islam.Proses kesinambungan perjuangan melalui usrah dan kefahaman yang diterapkan oleh nabi kepada sahabat baginda terus mengalir dari zaman ke zaman dengan pesanan dari nabi bahawa ulam akan mewarisi proses dakwah ini,bagi menyelamatkan umat keseluruhanya.

KEHILANGAN BESAR

Justeru apabila murabbi umat Syeikh Fathi yakan yang pulang kerahmatullah pada subuh 13 jun 2009 yang lalu linangan airmata umat serta getaran jiwa seluruh manusia yang meniti jalan dakawah mengiringi pemergian ini. Bertapa sumbangan yang dicurahkan oleh ulama besar ini bagi membawa umat keseluruhanya untuk memahami islam dan beramal dengannya pasti sesuatu yang menjadi kenangan buat seluruh pelusuk masyarakat. Sehubungan dengan itu  marilah kita bersama-sama mamanjatkan doa dan sekalungan fatihah buat murabbi ini,semoga jiwa,pengorbanan dan setiap titik usaha yang dicurahkan beliau terus diselusuri oleh umat sepanjang zaman. Kehilangan yang pasti tidak ada gantinya sepertimana yang telah dipesan oleh Rasullulah S.A.W:

cabutilmu

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

Dengan sumbagan ilmu yang dicurahkan kejalan dakwah ini,janganlah disepikan dan jangalah dipinggirkan.

Atau nanti binasalah umat ini tanpa bimbingan, tanpa panduan, tanpa da’ie dan tanpa dakwah, yang semua itu menjadikan kita, umat terbaik dalam sejarah manusia ini.